in

Pemuda Ditumbuk & Mata Dijolok Dengan Jari Oleh Lelaki Yang Langgar Keretanya Sebelum Cuba Lari

Man Punched Stabbed In The Eye In Damansara By Driver Who Banged His Car Tried To Run Away World Of Buzz 2 1024X537

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Pemuda Ditumbuk & Mata Dijolok Dengan Jari Oleh Lelaki Yang Langgar Keretanya Sebelum Cuba Lari
Loading
/

Sekarang manusia memang banyak ragam, tak boleh nak ramal, makin ramai orang yang tak ada hari perut dan tak fikir panjang untuk buat tindakan kejam pada orang-orang yang tak bersalah dan tak berdosa.


Seorang wanita yang lebih dikenali sebagai Sarah (bukan nama sebenar) menceritakan pengalaman rakannya kepada World Of Buzz dipukul teruk oleh sekumpulan lelaki tak guna dan cuba nak lari bila dah langgar keretanya. Pada waktu itu Sarah ada kat dalam kereta tu.

 

Langgar dari belakang, ajak park tepi untuk berbincang tapi cabut lari

Won

Kejadian berlaku pada pukul 7.40 pm, 22 Jun 2019. Sarah lepak dengan 3 orang kawannya di Kota Damansara. Masa dalam perjalaanan nak balik, ketika sedang berhenti di lampu isyarat, tiba-tiba kereta disondol dari belakang.

Rakannya John (bukan nama sebenar) terus keluar untuk lihat keadaan kereta. Sarah pusing dan perasan ada lebih kurang 6 ke 7 orang dalam kereta. Dia nampak pemandu dan penumpang turun dan membuat perbincangan secara private antara mereka.

Wob4

John kemudiannya ambil gambar dan sambung berbincang, tapi memandangkan mereka dah block kenderaan lain di belakang. John bersetuju untuk ‘park tepi’ seperti mana yang si pelanggar mahukan. Bagaimanapun, mereka cuba nak lari dan kemudiannya John pun kejar.

Masa ni Sarah dah mula bimbang kalau-kalau si pelanggar tu nak jerat mereka ke tempat gelap dan belasah mereka semua sebab semua dalam kereta si pelanggar tu lelaki. Memandangkan mereka tak pernah kena macam ni, mereka kena lah extra careful.

Ketika kejar mengejar itu belaku, John bertindak untuk ‘cilok’ dengan memotong dan terus halang kereta si pelanggar tu dari depan yang menyebabkan kereta si pelanggar tu terpaksa berhenti.

 

Mula bertekak, ditumbuk, mata dijolok, muka dipijak. Cuba nak rampas handphone untuk buang bahan bukti

Wob2

Kali ini, pemandu yang langgar dan penumpang dalam kereta tu pun keluar balik dan mula tengking pasal kes kemalangan ni masa berbincang dengan John. Sarah masa tu dah mula rasa yang John tak boleh nak handle perkara ini berseorangan, jadi dia minta tolong Damien(bukan kawan sebenar) bantu John.

Wob5

Tak lama kemudian tengkingan pemandu tu makin kuat kemudian tumbuk muka John. Tak tahu nak buat apa Sarah terus hubungi polis, sementara rakannya yang lain Cindy sedang merakam video pergaduhan tersebut.

Semasa pihak polis dalam perjalanan, sekumpulan pelanggar belasah John walaupun Damien dah cuba bantu malah penumpang dari kereta pelanggar sendiri pun cuba elakkan pergaduhan, si pemandu tetap tarik John supaya tak lari.

Selain ditumbuk, mata John juga dijolok dengan jari dan membuatkan dia tergamam dan buta seketika. Dengan kesempatan ni, John terus dipukul sampai rebah dan muka John dipijak.

 

Retina mata ‘terjejas’ sedikit

Wob3

Pemandu tu siap cuba nak rampas handphone John memandangkan gambar tadi tu (kereta) sempat dia snap tapi John tak benarkan. Jadi muka dia terus dipijak dan kemudiannya pergi biarkan John begitu sahaja.

Tak ada pilihan lain Damien terpaksa pandu kereta kawan dia tu ke balai polis Mutiara Damansara, memandangkan kat situ lah tempat paling dekat.

Selepas mereka buat laporan, pihak polis memberitahu bahawa suspek mungkin samseng. Mereka sarankan agar bawa John ke wad kecemasan memandangkan keadaan dia dah teruk sangat.

Bagaimanapun keputusan check up di UMSC (University Malaya Specialist Centre) menjelaskan bahawa keadaan John tidak teruk, namun mengalami masalah sedikit pada retina matanya. Dia kini semakin pulih selepas mendapatkan rawatan laser di Prince Court Hospital.

Pihak polis sekarang sedang menyiasat pelaku tersebut.

 

 

Baca : Owner Kedai ‘Repair’ Gadget Dipukul Pesaing Sampai Berjahit Sebab Dengki Tuduh Curi Pelanggan

Dipukul

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.