in

Peminat Teruja, Yuna Sekali Lagi Dipilih ‘Hiasi’ Bandar New York Buat Kali Kelima!

Untitled Design 2022 05 16T124352.832

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Yuna bukanlah nama yang asing dalam industri muzik, beliau merupakan antara salah seorang penyanyi kelahiran Malaysia yang kini kian menempa nama di Amerika Syarikat.


Tahun ini, penyanyi berbakat besar itu melancarkan album kelimanya dalam lima siri daripada Y1, Y2, Y3, Y4 dan Y5. Buat masa ini, Yuna telah melancarkan sehingga Y2 dan siri itu mengandungi tiga buah lagu iaitu Girl U Used To Know, 24 Hours dan Make A Move.

Disebabkan itu, Yuna sekali lagi terpilih untuk menghiasi bandar New York dengan karya terbarunya itu sempena bulan memperingati Warisan Asia Amerika dan Kepulauan Pasifik (AAPI Heritage Month) yang disambut pada bulan Mei di Amerika Syarikat.

Difahamkan, ia merupakan salah sebuah kempen meraikan rakyat Asia anjuran platform penstriman, Pandora.

“Memang ‘Queen’ lah!”

Sudah pastinya, berita gembira itu menambah keterujaan peminatnya dan rata-rata mereka berbangga dengan pencapaian penyanyi kelahiran Malaysia itu.

Yuna

Sebagai info, sebelum ini foto Yuna pernah terpampang di lokasi ikonik, Times Square, New York selepas dipilih syarikat terkenal NASDAQ yang memaparkan ikon muzik pada November 2016 dan seterusnya di tempat sama pada 2019 untuk albumnya, Rouge.

Selain itu, minggu ini nyanyian Yuna dimuat naik oleh Recording Academy yang sinonim dengan Anugrah Grammy.

Fuh, memang power lah Yuna ni! Bangga!

Baca: “Kebangaan Malaysia!”- Wajah Yuna Hiasi Times Square New York

Untitled Design 2022 05 16T123717.704

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.