in

Pemilik Bengkel Kereta Luangkan Masa Mengaji Al-Quran Sementara Tunggu Pelanggan

Pakcik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebagai seorang Muslim, Al-Quran merupakan kitab wajib yang menjadi pegangan dan petunjuk kita ke arah jalan yang diredhaiNya.


Walaupun kita sibuk dengan urusan duniawi yang tak akan pernah selesai, Al-Quran juga wajib untuk ditelaah bukan sahaja seusai solat, malahan lebih baik jika turut dibaca untuk mengisi masa lapang dalam usaha kita menambah ‘saham’ pahala untuk akhirat kelak.

Seperti kisah seorang pemilik bengkel kereta ini yang rajin meluangkan masa dengan mengaji Al-Quran walaupun sibuk dengan urusan kerja.

 

Khusyuk mengaji Al-Quran sambil tunggu pelanggan

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pemuda di laman Facebooknya ini, kelihatan seorang pakcik yang merupakan ‘tokey’ bengkel kereta di Kajang ini sedang kusyuk membaca Al-Quran sambil menunggu ketibaan pelanggan ke bengkelnya.

Quran Pakcik

 

Al-Quran usang, tangan comot

Walaupun Al-Quran yang dibacanya itu kelihatan agak usang, ditambah pula dengan keadaan dirinya yang sedikit comot, namun ia sedikit pun tidak mematahkan semangatnya untuk terus meluangkan masa ‘berharga’ ini dengan mengaji setiap kali menunggu pelanggan datang untuk mendapatkan khidmatnya.

Kali ni Allah temukan saya insan yang agak “RARE” di zaman 2020 ni. 

Fb Quran 1

 

Jaga hubungan dengan Allah

Kisah pakcik ini yang penuh dengan inspirasi dan teladan yang baik seeloknya dijadikan sebagai ‘role model’ kepada kita semua supaya dapat sama-sama bermotivasi untuk menjaga hubungan kita bukan sahaja sesama manusia, malah lebih utama untuk kita menjaga hubungan dengan Sang Pencipta dan Pemberi Rezeki.

Bak kata orang, bukan sahaja kaya di dunia, malah ‘kaya’ di akhirat juga. 

Baca: “Allah itu Maha Pengampun” – Viral Foto Pemuda Punk Belajar Al Quran Dan Muqaddam

Baca Quran

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.