in

Pemenang Anugerah Oscar, Pengarah Warga Palestin Hilang Selepas Tiba-tiba Diserang Tentera Isr*el

pengarah no other land diserang tentera israel

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Salah seorang pengarah dokumentari ‘No Other Land’, warga Palestin yang juga pemenang Anugerah Oscar, Hamdan Ballal baru-baru ini didakwa telah diserang dan ditangkap oleh sekumpulan tentera rejim Zionis Israel di Selatan Hebron.

Perkara itu dimaklumkan oleh rakan sekerja Hamdan Ballal, Pengarah Yuval Abraham di laman X, pada Isnin.


Dalam perkongsian itu, turut dipaparkan sebuah rakaman video yang menunjukkan sekumpulan tentera menyerang perkampungan Hamdan. Bukan itu sahaja, mereka juga turut membaling batu ke arah aktivis Amerika dan menyebabkan kerosakan pada kenderaan mereka.

Artikel berkaitan: ⁠Sebagai Tanda Sokongan, Mexico Iktiraf Dan Terima Duta Palestin

Artikel berkaitan: Lebih 400 Orang Terkorban, Netanyahu Dakwa Serang G*z* Untuk Pastikan Tebusan Dibebaskan

image 2

Abraham berkata, tiada maklumat sama ada Ballal menerima rawatan perubatan bagi kecederaan di kepala dan perutnya.

“Mereka memukulnya dan dia mengalami luka di kepala serta perut, berdarah.

“Askar Israel menyerbu ambulans yang dipanggilnya dan membawanya. Sejak itu, tiada tanda-tanda keberadaannya,” jelasnya.

Sementara itu, aktivis dari Center for Jewish Nonviolence, mendakwa seramai 10 hingga 20 tentera rejim Zionis Israel menyerang mereka dan Hamdan di perkampungan Palestin Susiya, kawasan Masafer Yatta, Selatan Hebron.

“Kami tidak tahu di mana Hamdan kerana dia telah dibawa pergi dengan mata tertutup,” kata aktivis itu.

Untuk info, ‘No Other Land’ yang memenangi Anugerah Oscar bagi kategori Dokumentari Terbaik merupakan sebuah dokumentari yang menggambarkan kehidupan di sebuah perkampungan Tebing Barat di bawah pendudukan tentera Israel.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.