Sebelum ini, ramai dikejutkan dengan penemuan rangka budak berusia lima tahun di Bukit Zamrud, Seremban yang dikaitkan dengan kes penemuan mayat wanita di gaung Bukit Putus, polis kini temui lagi petunjuk baru.
Macam yang korang tahu, ketika mayat seorang wanita berusia 29 tahun ditemui di dalam gaung Jalan Lama Bukit Putus pada 20 Mac lalu, polis telah pun menahan dua suspek lelaki berusia 41 dan 44 tahun yang juga merupakan adik beradik bersama seorang seorang remaja perempuan berusia 18 tahun (anak suspek 44 tahun).
Terbaru, Ketua Polis Seremban Asisten Komisioner Nanda Maarof mengatakan pihaknya percaya kes dera melibatkan seorang wanita berusia 35 tahun dan anak lelakinya berusia 20 bulan mempunyai kaitan dengan suspek kes ini, lapor The Star.
Kedua-dua mangsa dera ini kini sedang menerima rawatan di tempat yang perlu dirahsiakan.
Kami kini sedang mengumpul semua bukti dan berharap untuk mendakwa semua yang terlibat dalam jenayah ini secepat mungkin.”
Tambah Nanda, siasatan awal menunjukkan hanya satu dari tiga suspek yang terlibat dengan kes penderaan ini.
Selain itu, perintah reman suspek berusia 44 tahun akan berakhir pada Rabu (13 April), manakala dua lagi suspek akan ditahan sehingga 16 April.
Apalah cerita sebenar disebalik semua ni kan?