in

Pembubaran 4 Agensi Tak Wajar – UMNO

Page Mahathir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam mesyuarat pertama Kabinet Pakatan Harapan (PH) pada 23 Mei yang lalu, kerajaan telah mengumumkan pelbagai perubahan termasuklah membubarkan empat agensi.


Tapi, nampak gayanya pihak pembangkang tidak bersetuju dengan keputusan yang diambil oleh kerajaan.

Menurut Harian MetroUnit Komunikasi Strategik Ibu Pejabat UMNO tidak bersetuju Majlis Profesor Negara (MPN), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Jabatan Hal-Ehwal Khas (JASA) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) dimansuhkan.

Twitter
sumber: twitter

Menerusi satu kenyataan, mereka mendakwa tindakan ini tidak wajar sama sekali dan seumpama hukuman kepada rakyat.

“Keputusan diambil pada mesyuarat pertama itu lebih berupa satu bentuk ‘hukuman’ kepada rakyat, khasnya JKKKP yang selama ini memayungi mereka sebagai institusi menguruskan segala masalah setempat.”

Mereka juga menafikan kononnya agensi terbabit digunakan sebagai alat politik kerana ia adalah agensi pemudah urus kerajaan bagi memastikan pentadbiran dipantau secara teliti.

“SPAD, misalnya, ditubuhkan khas bagi memantau sistem pengangkutan awam darat dan tidak timbul sebarang pertindihan dengan fungsi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).”

Walau bagaimanapun, mereka tidak menafikan ada kebenaran bahawa kerajaan dapat menjimatkan RM500 juta setahun dengan menghentikan semua kakitangan agensi-agensi tersebut.

“JKKKP yang sudah wujud di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad pada era 1980-an banyak menabur bakti kepada masyarakat. Begitu juga dengan JASA. Kenapa baru sekarang Dr Mahathir menyedari ‘kesilapan dan kelemahannya’, jika ada?”

Po
sumber: malaysiakini

Selain itu, pihaknya juga kesal kerana pekerja agensi terbabit terpaksa menerima keputusan yang sememangnya ibarat menutup periuk nasi mereka di saat nak menjelang Aidilfitri.

“Kami merasakan wajar pekerja terbabit diserapkan ke jabatan dan agensi lain dalam kerajaan dan tidak sekadar membiarkan mereka hilang sumber pendapatan dalam sekelip mata.”

Baca: “5 agensi kerajaan akan dibubar” – Tun M

Kabinet 1 758X398 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.