14 Tabiat Buruk Pemandu Malaysia Paling Selalu Kita Lihat

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Kebanyakan pemandu di Malaysia boleh dikatakan masih mempunyai mentaliti kelas ketiga. Tidak mengikut undang-undang jalan raya dan mementingkan diri adalah antara tabiat buruk yang menjadi kebiasaan rakyat di negara ini.

Ini 14 Tabiat Buruk Pemandu Malaysia Paling Selalu Kita Lihat…

 

1. Tidak Beri Signal

Masih ramai tak sedar bila tak bagi signal boleh menyebabkan kemalangan. Pastu bila terlanggar orang atau kereta lain, taknak mengaku salah sendiri pulak tu! Ehhhh dia niiiii…

 

2. Memecut dan Melanggar Lampu Merah

Bila nampak lampu isyarat warna kuning, baru nak pecut kereta lepas tu langgar lampu merah. Tak faham kenapa nak kabut sangat, bukannya lampu tu merah sampai dua hari punnn.

 

3. Pembuli Jalan Raya

Manusia macam ni yang tak faham ni. Memang dari zaman sekolah dah jadi pembuli ke sampai atas jalan raya pun nak buli pemandu lain? Dapat apa ntah? Kepuasan ke?

 

4. Menggunakan Telefon Bimbit

Seronok sangat Whatsapp lah, Facebook lah, Instagram lah, Twitter atau WeChat sampai tak fikir keselamatan sendiri dan orang lain!

 

5. Memandu Perlahan di Lorong Kanan

Realistik lah sikit, kalau rasa nak drive 40km/j, yang hang pergi ikut lorong kanan sekali tu pasaipaaa? Kadang-kadang bas dengan lori pun selamba je! Bikin panaaaasssss…

 

6. Memotong Barisan di Plaza Tol/Lampu Merah

Malas betul orang macam ni nak ikut barisan, orang lain penat ikut elok-elok suka hati je nak main potong barisan! Lagi teruk, dah lah nak masuk lorong tapi tak reti jugak nak bagi signal. Ughhh!

 

7. Menggunakan Lorong Kecemasan

Walaupun pernah ada kes mangsa kemalangan meninggal sementara menunggu ketibaan ambulan, masih ramai tak peka dengan hal macam ni. Jangan pentingkan diri sangat boleh?

 

8. Meletakkan Kenderaan di Tempat Tidak Sepatutnya

Kalau sihat tubuh badan tu pergi parking kereta dekat tempat OKU buat apa? Lagi satu jenis parking sesuka hati, dekat tempat laluan orang jalan kaki pun dia main parking je! Tak fikir ke dorang ni eh?

 

9. Cara Pemanduan yang Salah di Bulatan

Jangan kata remaja baru dapat lesen, yang dah bertahun-tahun berlesen pun masih ramai tak reti-reti guna roundabout. Tak faham betul kan?

 

10. Menggunakan Lampu Tinggi (High Beam)

Kalau yang ni memang paling annoying. Buat sakit mata orang lain je kena pancaran lampu tinggi dekat cermin sisi dengan cermin pandang belakang tu!

 

11. Menggunakan Dua Petak Parkir

Tak faham kenapa tamak sangat nak amik dua petak parking. Kalau termakan ruang sikit boleh dimaafkan lagi, tapi boleh pulak parking tengah-tengah dua petak tu!

 

12. Memandu Laju Ketika Hujan Lebat

Kadang-kadang tak faham juga jenis yang berani drive laju bila hujan lebat. Rasanya bila guna wiper paling laju pun masih tak nampak jalan dengan jelas. Hebat orang macam ni!

 

13. Memotong Ketika Double Line

Kalau dah ada double line tu mestilah ada sebab tertentu. Dah kata tak boleh memotong bila double line, bahayalah tu maksudnya. Itu pun susah ke nak faham….

 

14. Buang Sampah Dari Dalam Kereta

Eh, tau tak apa itu tong sampah? Ingat bumi ni tong sampah ke apa sesuka hati nak campak je? Beli lah tong sampah kecil letak dalam kereta. Dekat Daiso tak sampai 10 hengget pun!

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Ditulis oleh Sue Idris

Suka thriller movies, suka kucing, suka makan, suka kopi, suka melancong, suka shopping, suka berangan, eh suka semua lah!