in

Pembangkang Sekarang Lagi Bagus Dari Pembangkang Dulu – UMNO

Page Bn

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Barisan Nasional kini dah pun menjadi pembangkang setelah bertahun memegang tampuk kepimpinan di Malaysia. Mereka pun sudah menerima hakikat bahawa mereka kini berada di pihak yang bertentangan daripada kerajaan.


Menurut Astro Awani, Pemuda UMNO mengatakan pembangkang pada hari ini lebih kukuh dan berpengalaman dalam memberi hujah berkaitan masalah rakyat dan menjalankan proses semak dan imbang terhadap janji-janji yang dibuat Pakatan Harapan.

Parliment Malaysia Dewan Rakyat
sumber: fmt

Exco Sayap parti itu, Wan Muhammad Azri Wan Deris mengatakan bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah menjalankan tugas dengan sebaik mungkin melalui perbahasan beliau di Dewan Rakyat ketika persidangan pada hari Rabu.

“Beliau menyentuh perkara-perkara yang termaktub dalam perlembagaan negara yang mesti dihormati, seperti kedudukan agama Islam, Raja Raja Melayu, kedudukan bahasa Melayu serta hak orang Melayu.”

1939
sumber: blog

Bukan itu sahaja, kata Wan Muhammad Azri, ahli Parlimen lain seperti Datuk Seri Najib Razak juga telah diberi peluang menjelaskan projek Rel Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR) dengan baik.

Beliau juga turut membandingkan bekas Perdana Menteri berkenaan dengan Menteri Hal Ekonomi Datuk Mohamed Azmin Ali yang menurutnya “terkial-kial” ketika menjawab soalan berkenaan dengan kos penuh projek tersebut.

Image 1 4
sumber: sinar harian

Selain itu, Wan Muhammad Azri turut memuji usaha yang dilakukan Ahli Parlimen Kuala Krau, bekas Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Seri Ismail Said, Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Ronald Kiandee serta Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin dan Ahli Parlimen Larut Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Katanya lagi, Jemaah Menteri diharap akan menghadiri sidang Dewan Rakyat bagi menjawab segala perkara yang dibangkitkan pihak pembangkang.

Jom sama-sama majukan negara!

Baca: MP Pembangkang Tak Matang? Boikot Keluar Dewan

Kj Last Man Standing 758X399 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.