in

Pemandu Terlelap Didakwa Jadi Punca Bas Terbalik, 2 Penumpang Cedera Parah

Cats 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebuah bas ekspres dilaporkan telah terbabas sebelum terbalik di Kilometer (KM) 265.7 Lebuhraya Utara Selatan, berhampiran dengan Terowong Menora.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mohamad Nordin Abdullah berkata, kemalangan ini telah mengakibatkan dua daripada 14 penumpang cedera parah, manakala 11 yang lain mengalami cedera ringan.


1 2

2 1 1

Menurut sumber, mangsa yang parah ialah seorang lelaki warga Indonesia berusia 40 tahun yang cedera di bahagian kepala, manakala seorang lagi ialah wanita tempatan berusia 33 tahun yang cedera di pinggang.

Pemandu bas berkenaan turut mengalami cedera ringan di bahagian kaki. Dilaporkan, kemalangan dipercayai berpunca daripada pemandu bas berusia 39 tahun ini terlelap seketika semasa memandu.

4

Hasil pemeriksaan mendapati pemandu itu mempunyai 19 rekod saman lampau individu bagi kesalahan trafik selain tiga rekod saman lampau bagi bas yang dipandunya.

Kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun dan sedang menerima rawatan.

Sumber: Harian Metro

BACA: Tinggal Tengkorak, Mangsa Kemalangan Akhirnya Ditemui Lepas Hilang Hampir 10 Bulan

Capture 9

 

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.