in

Pemandu MYVI Sebabkan Kematian Anggota TLDM Mengaku Bersalah, Dipenjara 6 Tahun & Denda RM8,000

Myvi Bersalah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pemandu Myvi yang menyebabkan kematian seorang anggota TLDM dalam satu kemalangan Sabtu lepas mengaku bersalah, lapor Harian Metro.


Nur Fatin Nazrah Suhaimi, 23, dijatuhkan hukuman penjara enam tahun dan didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret atas kesalahan memandu di bawah pengaruh dadah.

Maut3

Majistret Suhaila Shafi’uddin turut memerintahkan Nur Fatin untuk membayar denda berjumlah RM3,300 atas tiga lagi kesalahan iaitu:

  • tidak mempunyai lesen memandu
  • memandu kereta yang tiada cukai jalan
  • memandu kereta tiada insurans

Difahamkan, Nur Fatin kini sedang menjalani prosiding atas pertuduhan kelima iaitu kesalahan memasukkan dadah di dalam badan.

Kemalangan yang berlaku Sabtu lepas di Kilometer 4 Jalan Johor Bahru – Kota Tinggi telah meragut nyawa Laskar Kanan Mohd Rizal Buseri, 31, yang maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepalanya.

Maut1

Maut2

Selain Honda Accord dipandu Allahyarham, Nur Fatin yang memandu Perodua Myvi berwarna putih itu turut melanggar sebuah Proton Iswara dalam kejadian jam 9 pagi berkenaan.

Baca: Pemandu MYVI Sebabkan Kematian Anggota TLDM Bakal Didakwa 5 Pertuduhan

Myvi Mabuk

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.