in

Pemandu Maut Sehari Lepas Sambut Hari Jadi, Kereta Dipandu Langgar Belakang Lori

Exc4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sesungguhnya, ajal dan maut itu rahsia Tuhan.

 

Seorang pemandu maut manakala lapan pekerja pembersihan cedera dalam kemalangan di Bandar Utama Damansara berhampiran sebuah pusat beli-belah.


Laporan Harian Metro mengatakan, kemalangan membabitkan sebuah Honda Accord dipandu mangsa melanggar bahagian belakang lori yang dipandu seorang lelaki dengan lapan pekerja kontrak sedang melakukan kerja pembersihan jalan raya.

 

Maut di lokasi

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian jam 5.54 pagi.

Exc1

Akibat rempuhan itu, pemandu kereta tersepit dan anggota berjaya dikeluarkan anggota bomba sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang berada di lokasi.”

“Lapan pekerja pembersihan berusia antara 20-an hingga 40-an cedera ringan dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) menggunakan lima ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).”

 

Baru sambut ‘birthday’ semalam

Pemandu berkenaan yang dikenali sebagai Mohamed Zaini Zakaria berusia 32 tahun, dikatakan baru sahaja menyambut ulang tahun kelahrannya semalam.

Semoga roh nya dicucuri rahmat.

 

Baca : Mengelak Ular Sawa, Bapa Dan Anak Maut Kemalangan

Exc

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.