in

Pemandu Lori Rempuh Rumah Orang, Lompat Keluar Dari Kenderaan Kerana Lari Dari JPJ

syaz ft 2025 02 20T110258.857

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebuah video persis permainan video Grand Theft Auto tular di media sosial semalam, di mana sebuah lori dilihat sedang dikejar oleh sebuah kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sehingga membahayakan pemandu lain.

Insiden yang berlaku di Lebuh Sungai Udang–Paya Rumput–Ayer Keroh (SPA), Melaka itu kemudiannya berakhir apabila pemandu lori itu merempuh sebuah rumah di Taman Krubong Jaya.


Artikel berkaitan: Tular Aksi Dikejar Polis Di Kluang, Pemandu Kereta Kuning Didapati Positif Dadah & Bakal Hadapi 6 Pertuduhan

Artikel berkaitan: Hadiah Dari Suami Makan Diri, Ubah Suai Nombor Pendaftaran ‘Adek Wani’ Disaman JPJ

Pengarah JPJ Melaka, Muhammad Firdaus Shariff, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, pemandu berusia 27 tahun itu berjaya ditahan dengan bantuan penduduk setempat.

“Namun, pemandunya enggan berhenti dan berlaku insiden mengejar hampir sejam sejauh 25 kilometer sehingga ke Taman Krubong Jaya.

Lelaki itu kemudian melompat keluar dari lori menyebabkan kenderaan itu bergerak tanpa kawalan dan merempuh sebuah rumah di Jalan KJ51, Taman Krubong Jaya,” katanya.

Ekoran itu perlanggaran itu, pagar, tembok rumah dan pikap Mitsubishi Triton di rumah berkenaan didapati rosak.

“Kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan tiada kecederaan dilaporkan,” katanya lagi.

Difahamkan, hasil semakan mendapati lori berkenaan mempunyai lapan saman lampau yang sudah diselesaikan.

Sumber: X, Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.