Pantai adalah sebuah lokasi yang sering dikunjungi oleh orang ramai yang mahu beriadah dan menenangkan diri. Banyak aktiviti yang boleh dibuat di pantai, antaranya berkelah dan bermain layang-layang.
Namun bagaimana pula jika pantai yang indah dipenuhi sampah sarap? Daripada nak tenang terus jadi stres!
Itulah yang dihadapi oleh pengacara, Hunny Madu apabila dia mengunjungi Pantai Bisikan Bayu, di Pasir Putih, Kelantan.
Penuh sampah dan tidak terjaga
Menerusi perkongsian wanita tersebut dalam satu video, dia meluahkan rasa kecewa terhadap tahap kebersihan pantai tersebut yang dilihat seperti sebuah tempat pelupusan sampah.
Pantai Bisikan Bayu mempunyai pemandangan laut yang indah, namun kawasan lapang di situ dipenuhi dengan sampah sarap dan seolah-olah tidak diselenggara oleh pihak berwajib.
Meskipun terdapat kawasan perumah penduduk tempatan di situ, longgokan sampah di sekitar pantai masih boleh dilihat dengan jelas.
Difahamkan, pantai tersebut terkenal dalam kalangan pengunjung dan penduduk setempat, menimbulkan persoalan adakah ini hasil daripada sikap pengunjung yang tidak bertanggungjawab?
@hunnymads We were driving by Tok Bali, Bisikan Bayu Beach in Pasir Putih Kelantan, and was so shocked to see so much rubbish everywhere right opposite the ocean! Can someone help explain why this is happening? Apparently it has been like this for quite some time. Sedihhhhh. Ps: We thought of stopping by to get ice cream here for the kids but after seeing this disaster, our moods changed and we left.
Penduduk tempatan akui memang kotor
Perkongsian tersebut ternyata tular di media sosial dan mendapat perhatian ramai. Menurut seorang individu yang juga warga Kelantan, dia turut mengakui tahap kebersihan di negeri berkenaan sangat teruk dan tidak memuaskan.
“Saya orang Kelantan. Saya memang setuju yang negeri Kelantan memang kotor. Sanggup tahan nak buang air di rumah dari singgah mana-mana stesen minyak, surau atau masjid sebab tandasnya memang kotor,” komen seorang individu.
Dalam pada itu, tindakan pengacara ini yang berkongsikan keadaan semasa di pantai tersebut ternyata menerima sokonan ramai. Jelas mereka, perkongsian ini boleh memberi kesedaran kepada masyarakat agar menjaga kebersihan di tempat awam.
“Biar orang buka mata sedikit. Takkan nak harap tukang bersih majlis datang cuci. Yang berkhemas itu atau keluarga kena mula belajar bawa plastik sampah sendiri. Perkongsian yang bagus”, tulis seorang individu di ruangan komen.
Haiwan yang tidak berakal pun tahu jaga kebersihan, inikan pula kita manusia.
Kredit: Harian Metro, Hunny Madu
BACA: Pelawak Samakan Warna Baju Melayu Dengan Air Paip Kelantan Buat Ramai Terhibur