in

“Pemanas air masih terus berfungsi walaupun tiada air” – [Video] Viral Mesin Penapis Air Berasap Dekat Dapur

Coway4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini satu insiden telah mencetuskan rasa bimbang netizen apabila melihat video mesin penapis air tiba-tiba berasap.


Ramai yang mula bimbang jika ianya berlaku di rumah mereka memandangkan mesin kemudahan itu boleh dikatakan ada dalam kebanyakan isi rumah di Malaysia ini.

 

Pastikan suis elektrik ditutup!

Difahamkan punca mesin penapis air itu terbakar akibat overheating, ini ada kemungkinan kerana tiada bekalan air, jadi kebarangkalian berlaku kebakaran seperti dalam video dibawah ini boleh berlaku.

Tak kisahlah apa jenama sekalipun, kalau overheating mesti boleh terbakar.

Disebabkan itu, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa menutup suis mesin penapis air jika tiada dirumah. Menurut Jabatan BOMBA & Penyelamat Malaysia, pemanas air akan sentiasa berfungsi walaupun tiada bekalan air.

Mesin tersebut akan terbeban dengan kuasa pam mesin yang akan berjalan tanpa bekalan air, itu sebablah mesin akan jadi overheating dan akan berlakunya kebakaran.

Eig1Q 8Ucaa5Rnt

Jadi, nak langkah selamat, biar dengar bekalan air terputus je, segeralah tutup mesin penapis air tu.

 

Baca : “Dapat katok ja manusia macam ni, hidup pun tak guna”- Lelaki Mengaku Tukang Servis Penapis Air Sebelum Rompak Warga Emas Hampir RM8,000

Penapis Air

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.