Zaman sekarang macam-macam makanan dan minuman yang pelik-pelik. Tapi, orang still nak rasa sebab kononnya nak cuba benda yang lain daripada yang lain. Benda rare ni siapa je taknak cuba kan?
Nak tanya, korang pernah ke minum sambal belacan? Bukan makan, tapi minum tau!
Semalam, Daboba Malaysia ada upload satu gambar di Instagram mereka yang mempromosikan air keluaran Daboba perisa baharu yang pelik dan sangat ‘rare’ iaitu Sambal Belacan Milk Tea. Sambal belacan pun sekarang boleh jadi air tau. Memang pelik!
Bukan itu sahaja, Daboba siap nak bagi 100 cawan air perisa baharu ini kepada orang ramai dengan cara perlu like, share dan tag member-member korang dekat posting gambar air ‘pelik’ itu sambil komen ” I want drink Daboba Sambal Belacan Milk Tea”. Wow, macam nak join je. Mana tahu boleh dapat air free kan.
Menerusi gambar yang dimuatnaik semalam yang mendapat hampir 2000 likes di Instagram, caption gambar itu juga ada tertulis yang air perisa sambal belacan ini akan dikeluarkan pada 1 April nanti.
April Fool ke ni?
Menerusi perkongsian gambar tersebut, lebih 500 komen yang diterima dari orang ramai yang beri reaksi dekat air ‘pelik’ itu.
Tapi, ada juga yang komen cakap promosi air perisa sambal belacan ini cuma April fool. Sebab kalau korang perasan, dekat caption gambar tersebut memang ada tertulis hashtag April fool.
Tapi, ada juga orang yang tak perasan hashtag itu sebab diorang tinggalkan komen seperti yang diberitahu dekat caption, dengan harapan terpilih untuk tergolong dalam 100 orang yang dapat free air perisa sambal belacan itu.
Kena tunggu 1 April nanti baru boleh tahu air Sambal Belacan Milk Tea ini betul-betul akan dikeluarkan ataupun tidak. Kalau takde tu, faham-faham jelah.
Korang yang suka rasa benda pelik-pelik tu jangan la kecewa kalau air ni cuma april fool je.
Sumber: Daboba Malaysia
Baca: Boost Keluarkan Smoothie Nasi Lemak Hanya Pada 1 April Ini!