in

Boost Keluarkan Smoothie Nasi Lemak Hanya Pada 1 April Ini!

Nasi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nasi lemak ni antara makanan yang famous kat Malaysia. Tak kisah lah orang tu duduk kat negeri mana sekali pun, bila breakfast je mesti cari nasi lemak. Sampaikan burger pun ada perisa nasi lemak. Tu je dah boleh buktikan betapa tergila-gilanya orang Malaysia kat nasi lemak.


Namun salah satu minuman famous kat Malaysia ada keluarkan kenyataan melalui Facebook rasmi dorang, di mana mereka akan keluarkan minuman smoothie perisa Nasi Lemak. OMG! Rasa apa tuuuu!

“Introducing the Nasi Lemak Smoothie, only available on the 1st April 2018″

Nasi Lemak
sumber: facebook

Siapa je tak pernah minum Boost Juice Bars kan? Minuman ni boleh dikategorikan antara minuman sihat dan sangat disukai oleh orang yang tengah diet. Tapi tiba-tiba dorang umumkan yang dorang nak keluarkan smoothie Nasi Lemak. Korang rasaaa? Melalui post tu jugak, dorang ada bagitahu yang minuman tu akan diblendkan bersama dengan timun, bayam, nasi yang sudah dimasak, cili, air kelapa, santan, sorbet dan ais. WEYYY GILA LAHHH!

Namun difahamkan ini hanya gimik dan troll yang dorang kenakan kat kita semua sempena April Fools.

Tengok date dia!

Fuhhh nasib baik.. Tak sanggup nak minum weyyyy!

Rc News Boost Juice Opens In Auckland 1217
sumber: blog

Posting tersebut mendapat hampir 2 ribu komen daripada peminat tegar minuman Boost ni, dan mereka jadikan smoothie Nasi Lemak ni sebagai bahan lawak dorang.

“Korang tertinggal ikan bilis dengan kacang. Tak sedap lah nasi lemak kalau takde semua tu. Oh blend sekali dengan telur!”

“Boleh tak nak request cili tu letak sikit je? I tak tahan pedas”

“Ni caranya nak makan nasi lemak tapi tak nak naik berat badan!”

Alaaa gimik je ke? Admin baru nak rasa! Hahaha!

Baca: “Rasa nak commit suicide” – Cerita Lelaki Trauma Termakan Cat Food Ini Buat Ramai Terhibur

Wet Food

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.