in

“Pelbagai aktiviti dibuat sejak zaman Nabi” – Prof UKM Anggap Bersilat Dekat Masjid Nabawi ‘OK’ Sebab…

Cats 63

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ni, viral sebuah video menunjukkan tindakan tiga sekeluarga yang berpakaian lengkap baju Melayu serta bertanjak sedang bersilat di perkarangan Masjid Nabawi, Madinah.

Susulan itu, ramai netizen yang memberi kecaman kerana menganggap perbuatan tersebut seperti tak menghormati tempat ibadah itu.


@sinarharianonline

Tindakan tiga sekeluarga berbaju Melayu dan bertanjak membuat pertunjukan silat di Masjid Nabawi, Madinah dianggap janggal dan hanya memberikan imej buruk kepada jemaah Malaysia lain. Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd, Datuk Md Daud Che Ngah berkata, jemaah umrah di Arab Saudi tertakluk dengan undang-undang dan peraturan ditetapkan negara berkenaan. Sebelum ini, tular sebuah video berdurasi 27 saat memaparkan seorang lelaki dan dua kanak-kanak berpakaian Melayu dan bertanjak bersilat di pekarangan Masjid Nabawi, Madinah. Muzik: Romeo – The Sky Within dari Artlist.io #fyp #beritaditiktok #videoviral #Silat #Madinah #MasjidNabawi

♬ original sound – Sinar Harian – Sinar Harian

Namun begitu, Prof Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim tampil ‘back up‘ aksi silat di halaman masjid tu dengan mengatakan yang ia sebenarnya tak salah pun.

Artikel berkaitan: “Soalan tu trap” – Dakwa Silat Olahraga ‘Fight Tak Real’, Johan Ghazali Kecewa Kenyataan Disalah Erti

Artikel berkaitan: “Silat pun ada?” – Ini 7 Seni Bela Diri Paling Bahaya Yang Wujud Dalam Dunia!

Jelasnya, sejak zaman Nabi Muhammad SAW lagi, masjid sudah digunakan untuk pelbagai aktiviti seperti program ilmu dan sukan bagi menarik orang ramai datang ke sana terutamanya golongan muda.

“Masjid itu sebagai pusat untuk semua perkara. Malah ketika itu orang bukan Islam datang hendak bertemu dengan nabi di kawasan Masjid Nabawi yang turut dikatakan sebagai tiang perwakilan kerana perwakilan dari dalam dan luar negara datang bertemu nabi di situ.”

“Sekarang ini juga sudah banyak masjid bukan sahaja digunakan untuk solat, tetapi di perkarangan turut digunakan untuk membuka kiosk, mengadakan pelbagai sukan seperti ping pong, bilik tuisyen dan sebagainya kerana ini semua dibenarkan.” 

“Selagi mana polis tidak tahan, apa yang dilakukan tiada masalah selagi tidak menyalahi undang-undang.”

Biarpun begitu, berbeza pula dengan pendapat Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd, Datuk Md Daud Che Ngah yang mengatakan itu boleh mengundang persepsi buruk orang ramai kepada jemaah Malaysia.

689971

“Perkara itu tidak sesuai dengan adab sopan orang Malaysia yang kita pelihara selama ini. Kita kena hormat undang-undang dan budaya di negara lain.”

“Saya 45 tahun berulang alik ke Makkah dan Madinah, jarang berlaku perkara seperti ini. Arab Saudi ada undang-undang yang ketat malah pemakaian baju, mafla atau mengibarkan bendera Palestin juga tidak dibenarkan. Kita harus hormat dan akur, bukannya buat sesuka hati.”

Tambahnya lagi, bertanjak dan bersilat di tempat suci untuk dapatkan pujian bukanlah cara yang sesuai sebaliknya hanya bersilat di tempat-tempat yang bersesuaian seperti majlis kahwin.

Apa pula pendapat korang?

Sumber: TikTok, Berita Harian, Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.