Gelagat para pelanggan di sebuah restoran di Brazil tular apabila mereka melarikan diri dalam keadaan panik selepas menyaksikan sekumpulan individu berlari ke arah mereka.
Ketika kejadian berlaku, pelanggan di Cervejaria Alphaiate sedang menikmati juadah sekitar jam 9 malam dan secara tiba-tiba bingkas bangun selepas mendapati beberapa orang sedang berlari.
Keadaan panik itu sempat dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) restoran berkenaan. Video kejadian itu boleh ditonton dalam tweet @BernardoBcabral dibawah.
E os clientes de um bar da zona sul de Recife que acharam que tava rolando arrastão quando na verdade era a turma do crossfit correndo na rua? pic.twitter.com/TlX6gJjpzb
— Bernardo (@BernardoBcabral) September 22, 2022
Petugas restoran juga bingung pada mulanya dengan keadaan panik itu namun turut ikut bersama pelanggan untuk ‘menyelamatkan diri’.
Menurut laporan New York Post, beberapa individu yang berlari ke arah restoran itu bukanlah perompak seperti yang disangka pelanggan. Mereka hanyalah atlet CrossFit yang kebetulan melalui kawasan restoran itu.
Salah seorang pelanggan yang berada di restoran ketika kejadian itu berlaku, Amyr Kelner berkata kepada sumber, kumpulan atlet itu bermula perlahan.
Sejurus mereka menghampiri restoran, mereka tiba-tiba lari. Tambah Kelner lagi, pelanggan mula melarikan diri dalam keadaan panik selepas terdengar jeritan yang mendakwa kejadian itu adalah satu rompakan.
Pihak restoran walau bagaimanapun menafikan kejadian itu adalah satu rompakan. Malah, pihak restoran menegaskan kejadian itu adalah sekadar satu salah faham.
Sumber: New York Post
Baca: Bayaran Tambahan Sebanyak RM32 Dikenakan Kepada Pelanggan Restoran Ini Jika Anak Korang Buat Bising