Ngeri! Akibat mengalami gangguan histeria, seorang pelajar perempuan sekolah menengah di Bagan Serai cuba membunuh diri dengan mahu membuat terjunan dari tangki air.
Dalam kejadian yang berlaku pada jam 10.55 pagi itu, pihak bomba telah mendapat panggilan berkenaan seorang pelajar tingkatan empat mahu terjun dari tangki air setinggi 12 meter, lapor Utusan Online.
Ketika anggota bomba tiba di tempat kejadian, pelajar tersebut sudah dilihat sedang meniti bahagian penghadang jalan di tangki air tersebut. Alahaiii…
Mereka kemudian berusaha untuk memujuk pelajar berkenaan supaya menghentikan tindakannya, namun segala usaha menemui jalan buntu. Lalu pihak bomba bertindak berani dengan menerpa dan menangkap mangsa ketika dia sedang turun dari tangki air tersebut.
Mangsa yang berjaya diselamatkan dibawa turun dari tangki air tersebut dan dia diserahkan kepada pihak sekolah untuk tindakan lanjut.
Menerusi info dari sebuah grup di laman Facebook, kejadian histeria difahamkan sering berlaku di sekolah tersebut terutamanya kepada pelajar perempuan.
Malah pada bulan ini saja, hampir setiap hari pelajar perempuan terkena gangguan berkenaan yang dikatakan berpunca dari banglo lama yang berpuaka di sebelah pagar sekolah.
Namun menerusi perbualan WhatsApp yang tersebar di grup tersebut, mangsa didakwa kononnya telah memecahkan tingkap surau ketika sedang diubati dengan cara perubatan Islam. Waa gilalah!
Pun begitu tidak dapat dipastikan sama ada perbualan tersebut sahih atau tidak.
Semoga pelajar tersebut sembuh sepenuhnya…
Baca: Murid Berusia 12 Tahun Bunuh Diri Kerana Hampir Tidak Lulus Dalam Peperiksaan