in

Pelajar Disahkan Positif Covid-19, Sekolah di Parit Buntar dan Ipoh Tutup Seminggu

Ft Perak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kenaikan kes Covid-19 dilihat semakin membimbangkan terutamanya di sekolah-sekolah.


Baru-baru ini empat buah sekolah di Parit Buntar dan Ipoh diarahkan untuk selama seminggu selepas berlakunya jangkitan Covid-19 lapor kosmo.

Keputusan itu diambil setelah empat pelajar daripada sekolah yang terbabit disahkan dihidapi virus itu.

Penutupan sekolah di negeri itu bertujuan sebagai langkah pencegahan awal wabak itu selari dengan kehendak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)– Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Pertubuhan Bukan Kerajaan dan Masyarakat Sivil Perak, Razman Zakaria

Capture K 3 1

Sekolah yang terlibat dengan penutupan itu ialah,  Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Aminuddin Baki, Sekolah Kebangsaan (SK) Klebang Jaya, dan Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) Raudhatul Ulum, Klebang Restu, di Ipoh serta SK Tanah Kebun di Parit Buntar.

Sekolah yang terlibat ditutup bagi memastikan proses sanitasi dapat dijalankan dalam kadar yang segera.

Min harapkan semua berjalan dengan lancar la, sian adik-adik takut kena swab test pula nanti…

 

Baca : Sungei Wang Plaza Tengah Down Sebab COVID 19, Netizen Terharu Lihat Malls Lain Datang Support Satu Sama Lain!

 

Capture K 3

Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.