in

Pelajar Dapat RM7000 Sebulan Jual Seluar Dalam Kotor & Bagi Lelaki Bau Ketiak

Featur

Biasanya students dekat Malaysia bayar yuran kolej dengan pinjaman PTPTN. Tapi, pelajar dari US ni cuba cara yang lebih kinky untuk dapatkan wang.

Menurut Mirror, seorang pelajar kongsikan bagaimana dengan hanya jual seluar dalam terpakai, boleh bantu dia untuk selesaikan yuran kolej.

Pelajar berusia 21 tahun ini lakukan ialah dia akan membeli seluar dalam secara pukal dengan harga dalam RM20 dan kemudian menjualnya pada harga RM500 sepasang.

Kalau korang nak tahu, harga seluar dalam yang pelajar ini caj bergantung kepada berapa lama dia pakai seluar dalam tersebut dan pembeli juga boleh bayar lebih kalau nak selfie wanita ini pakai seluar dalam.

Underwearmain

Pelajar Universiti New York ini jual seluar dalamnya secara online dan mula terjebak dalam perniagaan ini ketika dia bekerja sebagai web cam girl.

Saya rasa hebat bila saya boleh beri pilihan yang lebih sihat untuk orang yang suka dengan benda-benda macam ni. Saya tak pernah rasa saya dalam bahaya.”

Kadang-kadang, wanita ini juga akan beri servis ekstra kepada pelanggannya dan pernah dapat RM2000 hanya dengan membenarkan seorang lelaki bau ketiaknya.

“Selepas salah seorang pelanggan saya beritahu tentang fetish ketiaknya, saya benarkan dia bau ketiak saya. Saya jumpa dengan dia, saya tak perlu buka baju pun, dan hanya biarkan dia bau ketiak saya selama 15 minit.”

Selain dari belajar dan menjual seluar dalam, wanita ini juga bekerja sebagai pelayan di restoran dan membuat servis bawa anjing berjalan. Keseluruhannya, dia mendapat RM215,000 setahun.

Dahsyat betul cara dia nak survive. Mana taknya, berapa ramai pula orang lelaki yang suka sorok-sorok bau seluar dalam perempuan dekat dalam dunia ni. Dekat Malaysia pun ramai tau. So, pada wanita-wanita semua, janganlah letak bakul baju kotor korang dekat tempat open.

 

Baca: Lelaki Ditangkap Mencuri Seluar Dalam Terpakai, Ingin Beri Sebagai Hadiah Kepada Teman Wanita

Screenshot 2019 04 04 At 4.35.31 Pm