Kes remaja perempuan dirogol lelaki yang baru dikenali bukanlah pertama kali kita dengari di Malaysia ini. Kenapalah mudah sangat percaya pada orang…
Seorang gadis berusia 14 tahun yang tidak mahu namanya didedahkan dari Kuala Terengganu dilaporkan mengandung lima bulan selepas dirogol seorang lelaki.
Gadis itu memberitahu tentang kejadian tersebut kepada kedua ibu bapanya yang kemudian membawanya ke balai polis untuk membuat laporan pada Khamis lalu. Menurutnya, dia mengenali remaja lelaki itu melalui aplikasi WeChat. Banyak sangat dah kes kenal dari WeChat ni…
Dia dijemput lelaki berkenaan berdekatan sebuah sekolah rendah di Chabang Tiga sebelum dibawa ke Pulau Warisan untuk menikmati pemandangan. Namun, lelaki itu kemudian membawanya ke sebuah rumah di Kampung Manir dan merogolnya. Insiden itu dilaporkan berlaku pada November tahun lalu.
Selepas menyedari dirinya mengandung, gadis berkenaan cuba menghubungi lelaki tersebut. Bagaimanapun, remaja itu enggan menjawab panggilan dan mengelak untuk berbincang tentang kehamilan gadis tersebut. Eh kau, dah jadi macam ni tau plak kau nak lari..
Jika sabit kesalahan, remaja lelaki itu boleh dikenakan hukuman sehingga 20 tahun penjara dan denda atau sebatan atau kedua-duanya sekali.
Pihak polis kini sedang memburu remaja lelaki berkenaan untuk disoal siasat. Tak lama lagi kena tangkap lah tu..
Mesti pak menteri suruh kahwinkan aje…