in

Pekerja Airport Disangka Kena Potong Gaji Sebab Terlampau Hensem, Tapi Rupa-rupanya..

Airport

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Pekerja Airport Disangka Kena Potong Gaji Sebab Terlampau Hensem, Tapi Rupa-rupanya..
Loading
/

Pekerja ni selalunya kena potong gaji sebab macam-macam reasons. Yang paling common tu bila pekerja selalu ponteng ataupun ada je benda dia nak mengelat . Kalau perangai macam ni memang lah kena potong gaji, tak boleh dah nak salahkan orang lain.


Tapi sorang lelaki kat China ni kena potong gaji kerana alasan yang jarang kita dengar takpun tak pernah dengar langsung. Menurut Nextshark, seorang pekerja lapangan terbang kat Xiamen, China ni khabarnya kena pecat sebab terlampau hensem. Uish biar betul ni?!

Laa
sumber: facebook

Pekerja hensem tu kononnya kena potong 10% gaji dia sebab kacak sangat. Berita kena potong gaji ni keluar lepas satu video lelaki ni duk berjalan sambil jalankan tugas dengan muka hensem dia sambil pakai spek hitam tular kat internet.

Ada yang sampai duk compare dia dengan pelakon Korea terkenal Song Joong Ki dalam drama Descendants of the Sun tu. Korang tengok tak drama tu? Ada iras-iras tak? Lepas penyiasatan lanjut, rupa-rupanya dia bukan kena pecat sebab rupa dia yang kacak tu tapi sebenarnya sebab lain.

11 6
sumber: nextshark

Dalam video yang tular kat internet tu dia sebenarnya tak pakai uniform kemas-kemas and selamba je masukkan tangan dalam seluar time duk bertugas. So sebenarnya sebab tu lah dia kena potong gaji gais, bukan sebab hensem sangat. .

Lepas berita tu tersebar, ramai yang tak setuju dengan tindakan syarikat tu sebab dorang rasa macam harsh sangat punishment tu. Ada jugak yang setuju dengan tindakan syarikat tu sebab waktu kerja kan melambangkan reputasi syarikat.

Assas
sumber: nextshark

“Mungkin bos dia jealous tu dengan kekacakan dia,” kata sorang tukang komen ni.

“Kalau pakai uniform syarikat, kena la buat perangai elok-elok. Kalau dah bukak uniform tu buat lah nak buat apa pun,” katanya sorang lagi.

Lepas terima bermacam-macam komen, pekerja lapangan terbang tu sendiri tampil and explain keadaan supaya orang ramai tak salahkan syarikat sebab tu salah dia sendiri.

Sasa
sumber: nextshark

“Saya happy sebab bukan senang nak famous cepat macam ni. Tapi company saya tak salah. Salah saya sebab tak ikut dress code yang betul,” kata lelaki tersebut.

Oh camtu rupanya..Takkan la kena pecat sebab rupa pulak kan.

Tengok video pekerja hensem yang viral tular tu kat sini:

Sumber: Facebook

Baca: Polis Kacak Jadi Kegilaan Gadis Lepas Selamatkan Wanita Cuba Terjun Bangunan Tingkat 16

Csccssac

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.