in

Pejabat Perdana Menteri Umum Parlimen Bakal Bersidang 26 Julai Ini

Collage 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah menzahirkan pendapatnya supaya sidang parlimen diadakan secepat mungkin, sebentar tadi Pejabat Perdana Menteri memberitahu bahawa Dewan Rakyat akan mula bersidang pada 26 Julai ini.



Dalam kenyataan yang dimuat naik melalui Facebook rasmi, kerajaan dikatakan telah bersetuju menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas diadakan selama lima hari mulai 26 Julai ini bagi Dewan Rakyat.

Tempoh mesyuarat bagi Dewan Rakyat itu berlangsung dari 26 hingga 29 Julai dan 2 Ogos. Jelasnya, bagi Dewan Negara pula akan berlangsung tiga hari mulai 3 hingga 5 Ogos depan, lapor Utusan.

Palimne Cropped.transformed

Menurut kenyataan itu lagi, mesyuarat ini dibuat bagi tujuan untuk beri penerangan kepada ahli-ahli parlimen mengenai Pelan Pemulihan Negara dan meminda semua perundangan dan peraturan bagi membolehkan sidang Parlimen dijalankan secara hibrid.

Berdasarkan Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, semua proklamasi darurat dan ordinan yang dibuat Yang di-Pertuan Agong dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen (shall be laid before both Houses of Parliament).

“Mesyuarat ini akan diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang akan ditentukan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan.”

Selain itu, nota Kabinet juga telah pun diedarkan kepada ahli Kabinet bagi mengambil maklum tentang perkara ini.

 

Baca: Perdana Menteri Putus Lakukan Sidang Parlimen Sebelum 1 Ogos

Screenshot 2021 07 05 At 3.54.44 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.