in

Peguam Tarik Diri Sebelum Najib Disoal Siasat SPRM

Page Lawyer

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini, Najib dipanggil ke SPRM untuk memberikan kenyataan kepada pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan siasatan 1MDB.


Namun, menurut Malaysiakini, dua peguam Datuk Seri Najib telah menarik diri daripada mewakilinya beberapa jam sebelum bekas PM tersebut disoal siasat oleh SPRM.

Harpal Singh
sumber: the star

Peguam Harpal Singh Grewal dan M Athimulan telah mengesahkan hal ini selepas pertemuan di kediaman anak guamnya di Taman Duta malam tadi.

“Ya, saya sahkan sudah menarik diri sebagai ahli guaman mewakili Najib. Selain saya, seorang lagi rakan iaitu M Athimulan turut menarik diri.”

Dia turut menjelaskan mereka menarik diri secara sukarela dan bukannya dipecat oleh Najib. Kini, kumpulan guaman mewakili bekas PM berkenaan diambil alih oleh bekas peguam cara negara iaitu Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dan enam lagi rakannya.

Najib 4
sumber: the star

Sementara itu, Bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Mohd Sukhri Abdull, yang sebelum ini terlibat dalam siasatan serta bersara awal turut dipanggil semula untuk mengetuai suruhanjaya itu.

Eh? Last minute dia tarik diri pulak ye….

Baca: Pasukan Khas Dibentuk, Siasat Terperinci Kes 1MDB

Page 1Mdb 758X400 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.