Umum mengetahui, enam orang bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati atas pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain.
Enam bekas pelajar tersebut ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.
Artikel berkaitan: “Jika penderaan terus berlaku, saya tidak mahu nama saya dikaitkan dengan UPNM lagi” – YDPA
Artikel berkaitan: “Ia masih berulang” – Terkejut & Sedih, Bapa Arwah Zulfarhan Respon Kes Penuntut UPNM Dis*terika
Pun begitu, menurut laporan Berita Harian, Peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik mewakili Muhammad Najib merasakan hukuman tersebut adalah tidak selamat dan seharusnya diketepikan.
Beliau berkata keterangan terhadap perayu ketiga tiada kes prima facie bagi kesalahan di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan apatah lagi bagi kesalahan membunuh.
Menurutnya, Mahkamah Tinggi telah terkhilaf dalam bergantung kepada keterangan saksi pendakwaan ke-27 (SP27) iaitu pemilik seterika.
Hisyam berkata kedua-dua Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan menganggap SP24 Ahmad Senabil Mohamad dan SP25 Mohd Syafiq Abdullah, juga bekas pelajar UPNM sebagai saksi boleh dipercayai, namun mereka menghujahkan bahawa Mahkamah Tinggi tidak melakukan penilaian maksimum terhadap keterangan pelajar tersebut.
“Jika berbuat demikian, Mahkamah Tinggi akan mendapati keterangan mereka tidak mempunyai kredibiliti. Mahkamah Rayuan melakukan kesilapan serupa.
SP24 ditahan dan direman 14 hari atas tuduhan menyebabkan kematian mangsa dan beliau memberi keterangan terhadap tahanan lain untuk menyelamatkan diri,” katanya.
Disebabkan itu, beliau memohon supaya anak guamnya dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Persekutuan.
Pada 2 November 2021, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun terhadap semua enam pelajar itu, selepas mendapati mereka bersalah di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian Zulfarhan tanpa niat membunuhnya.
Sumber: Berita Harian