in

“Pegawai bank pun tak tau nak jawab” – Guru Selar Soalan Matematik Darjah 3 Tak Masuk Akal

Guru 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui, silibus pembelajaran di sekolah sekarang agak advance dibandingkan dengan silibus zaman kita dahulu. Kalau dulu kita belajar asas Matematik ketika sekolah rendah, murid zaman sekarang perlu belajar lebih daripada itu.

Selain itu, setiap kali peperiksaan pasti diselitkan soalan-soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang memerlukan pelajar berfikir di luar kotak.


Artikel berkaitan: “Sangat mencabar” – Silibus Subjek BM Tahun 2 Sekolah Rendah Dikatakan Tidak Sesuai?

Artikel berkaitan: “Makin mengarut!” – Guru Dakwa Silibus Matematik Tahun 6 Kini Masukkan Bab Insurans & Takaful?

Baru-baru ini viral di media sosial Facebook seorang guru telah memuat naik satu gambar memaparkan soalan Matematik darjah 3. Dalam kapsyen perkongsian tersebut, guru ini pada mulanya hendak melakukan persediaan sebelum mengajar.

Guru 11 Guru 8

Beliau terkejut apabila soalan pada halaman buku Matematik itu meminta pelajar untuk nyatakan nilai mata wang dari beberapa negara.

Dalam soalan tersebut, para pelajar perlu membuat perbandingan nilai RM1 dengan nilai mata wang dari negara-negara terdekat seperti Indonesia, Thailand, Myanmar, Singapura, Vietnam, Filipina, Brunei, Kemboja dan Laos

Pegawai bank pun tak tau nak jawab – Mohd Fadli Salleh

Tambahnya pula, beliau tertanya-tanya apa kepentingan topik tersebut untuk murid darjah 3? Sedangkan jika dirinya adalah penggubal soalan, beliau sendiri tidak tahu untuk menjawab soalan itu melainkan perlu semakan Google.

Baginya, silibus pembelajaran di sekolah agak melampau dan entah bila ianya akan diganti. Akhirnya, beliau mengambil keputusan untuk skip sahaja soalan tersebut.

Seperti yang kita tahu, lain negara lain nilai mata wang dan nilai itu juga akan berubah pada setiap hari. Mungkin pada hari ini nilai RM1 bersamaan 0.29 Singapore Dollar, tetapi mungkin esok akan berubah pula disebabkan penawaran dan permintaan semasa.

Menjengah di ruangan komen, ramai netizen setuju dengan pendapat guru ini. Ibu bapa juga turut berkata silibus pembelajaran anak-anak mereka agak mencabar.

Guru 1 Guru 2 Guru 3

Sumber: Facebook

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.