Kira-kira tiga minggu lalu, seorang lelaki telah mencatatkan rekod nasi kandar seorang makan paling mahal. Lelaki itu telah memesan juadah nasi kandar untuk dirinya dengan harga mencecah RM218 di sebuah restoran di Pulau Pinang.
Terkini, rekod lelaki itu telah berjaya dipecahkan oleh orang lain pada harga yang lebih sedikit berbanding sebelum ini.
Jumlah harga nasi kandar untuk seorang makan yang berjaya memecahkan rekod sebelum ini adalah RM222. Korang boleh tengok hantaran Facebook Nasi Kandar Sulaiman di bawah.
Artikel berkaitan: Gangguan Bekalan Air, Beberapa Restoran Nasi Kandar Di Pulau Pinang Tutup Sementara
Artikel berkaitan: Pecah Rekod! Nasi Kandar Seorang Makan Cecah RM218 Buat Netizen Terkejut
Pecah rekod lagi!
Fuhhh… bak kata orang Penang, memang surrr lah. Tapi kalau tanya min sendiri, min rasa seram gak ni tengok pinggan penuh dengan lauk macam tu. Kalau nak makan sorang-sorang, memang tak habis lah. Silap-silap bungkus bawak balik untuk makan esok.
Perghhh 16 ekor sotong, 10 ekor udang dan lauk-lauk lain. Ini kalau dapat kat min ni, bukan seorang makan, mesti kena ajak kawan join sekali tolong habiskan. Tak mampu weh kalau nak makan sorang.
Untuk korang yang nak pecah rekod lelaki ni, boleh tengok apa menu yang dia ambil kan atas dan tambah bendi lebih. Yang sebelum ni RM218, lelaki ni RM2222, kalau korang ambil bendi lebih dah boleh pecah rekod.
Ye betul. Entah berapa ribu lah kalori dalam hidangan lelaki ni kan. Walaupun menyeramkan, tapi respek lah kepada lelaki ni boleh habiskan makan sorang-sorang. Anda memang hebat!