in

“PDRM sila tangkap gajah ini sebab ceroboh kedai”- [Video] Viral Gajah Masuk Kedai di R&R Cari Makanan

Untitled Design

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada Ahad lalu, tular video seekor gajah jantan berkeliaran di dalam kawasan Hentian Rehat dan Rawat(R&R) Titiwangsa Gerik pada sekitar jam 10 malam.


Gajah tersebut yang dipercayai sedang lapar dirakam memasuki premis perniagaan di situ sebelum menjatuhkan tong sampah di kawasan sekitarnya. Ia juga dilihat cuba untuk masuk ke dalam kedai untuk mencari makanan.

Ddd

Menurut Sinar Harian, Yusoff Shariff, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara(Perhilitan) Perak telah mengarahkan pihaknya membuat kawalan di lokasi kejadian selepas menerima laporan.

“Gajah berkenaan dihalau masuk semula ke hutan dengan selamat, namun tidak mustahil akan datang semula”- Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff

Beliau juga menasihatkan orang awam supaya tidak melakukan provokasi terhadap haiwan liar tersebut dan jauhkan diri dan keluarga sekiranya terserempak kerana gajah bukanlah haiwan yang mudah didekati.

Jangan sangka gajah itu jinak, sekiranya ia muncul hubungi segera Jabatan Perhilitan,”

Namun ini bukanlah pertama kali gajah itu berada di R&R tersebut, haiwan liar itu sudah pun dilihat berkeliaran sejak beberapa hari lalu. Bagaimanapun, tiada kerosakan harta benda awam atau kecederaan berlaku.

Jjjh

Video itu mendapat banyak reaksi namun rata-rata menyatakan pendapat yang sama iaitu gajah tersebut kehilangan habitat.

S2

Namun ada juga netizen yang terhibur dengan berita ini, korang tengok komen-komen dibawah ni…

S1 1

 

Korang boleh tengok video kat bawah ni :

 

Harap-harap cukuplah makanan untuk gajah tu dalam hutan berdekatan supaya dia tak ceroboh “habitat” kita lagi

Baca : ‘Binatang Pun Sayang Anak’ [Video] Gajah Betina Mengamuk Selepas Anaknya Mati Dilanggar Kereta

Kkk

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.