Paul Van Doren, pengasas bersama jenama popular Vans diumumkan telah meninggal dunia pada usia 90 tahun. Berita sedih ini diumumkan sendiri oleh Vans di laman Twitter.
It's with a heavy heart that Vans announces the passing of our co-founder, Paul Van Doren. Paul was not just an entrepreneur; he was an innovator. We send our love and strength to the Van Doren family and the countless Vans Family members who have brought Paul’s legacy to life. pic.twitter.com/5pDEo6RNhj
— Vans (@Vans) May 7, 2021
“Dengan rasa berat hati, Vans umumkan pengasas bersama kami, Paul Van Doren telah meninggal dunia. Paul bukanlah usahawan, tetapi pembaharu (innovator)”
Van Doren merupakan seorang pelajar lepasan sekolah. Dia melancarkan jenama sendiri yang sangat dikenali dalam dunia skateboard, bersama abangnya, Jim Van Doren dan dua lagi rakan bisnes yang lain.
Stor pertama Vans dibuka pada tahun 1966 di Anaheim, California. Menurut sumber, Vans berjaya menjual 12 pasang kasut pada hari pertama stor mereka dibuka.
Van Doren memimpin syarikat ini selama hampir dua dekad, sehingga dijual pada tahun 1988. Pada ketika ini, Vans dimiliki oleh VF Corporation, syarikat yang turut memiliki jenama terkenal seperti Supreme, The North Face, Timberland dan Dickies.
Pada hari ini, lebih 300 stor Vans telah dibuka di seluruh dunia. Satu pencapaian yang hebat buat jenama ini.
Pada dua minggu lalu, Van Doren melancarkan buku autobiografi tentang dirinya di Amazon, bertajuk ‘Authentic: A Memoir by the Founder of Vans’. Dikatakan, buku ini berkisarkan hidupnya dan perkembangan syarikat ini dalam industri kasut dan baju.
Berita pemergian Van Doren ini pasti dirasai oleh penggemar jenama Vans dari seluruh dunia.
Sumber: CNN