in

“Patutlah Twitter bersawang” – Netizen Teruja Tonton Trailer Filem Terbaru Spiderman

Spiderman No Way Home Feature Image

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap pagi, memang dah habit akan buka semua media sosial untuk cari cerita-cerita menarik untuk dikongsikan. Menariknya pagi tadi, ‘bersawang’ garis masa Twitter bila aplikasi tersebut dibuka. Bukan sebab lama tak bukak, tapi dibanjiri dengan #SpidermanNoWayHome.


Rupa-rupanya, trailer sekuel terbaru filem tersebut telah dilancarkan secara rasmi dan boleh ditonton di YouTube kira-kira jam 10 pagi tadi.

Namun, disebalik pelancaran ini, ada cerita yang kurang enak dimana trailer filem terbaru tersebut dikhabarkan telah leak di media sosial sehinggakan pihak Sony Pictures terpaksa mengambil tindakan untuk menyekat penyebaran tersebut.

Spiderman Mary Jane

Selain itu, akaun rasmi filem berkenaan turut menyatakan kekesalan dalam masa yang sama, memuji peminat setia yang tidak menonton versi yang dibocorkan dan memilih untuk menonton trailer rasmi tersebut.

“Shoutout kepada anda (peminat setia) yang pertama kali melihat trailer rasmi ini sekarang”

Spiderman Twitter

Difahamkan, pelakon utama filem berkenaan, Tom Holland juga bertindak ‘mengutuk’ perbuatan tak bertanggungjawab pihak yang membocorkan trailer tersebut di Instagramnya.

“Anda belum bersedia”, tulisnya ringkas dan dipercayai merujuk kepada mereka yang telah menonton trailer yang dibocorkan berkenaan.

Tom Holland Ig

Sementara itu, rata-rata peminat teruja dan berkongsi perasaan tersebut dengan pelbagai kata-kata positif menerusi tanda pagar #SpidermanNoWayHome dan didapati, ianya sedang trending dengan 372 ribu ciapan terkini.

Spiderman Trending Twitter

Selain itu, trailer rasmi berkenaan telah mendapat hampir setengah juta tontonan selepas satu jam ianya ditontonkan secara rasmi di Youtube dan 12.6 juta tontonan menerusi perkongsian trailer yang sama di akaun Twitter rasmi filem berkenaan.

Berdasarkan trailer ini, difahamkan ianya merupakan sambungan untuk filem Spider-Man sebelum ini di mana identiti Peter Parker sebagai Spider-Man telah terdedah. Seterusnya, beliau telah bertemu Doctor Strange untuk meminta bantuan agar masyarakat lupa siapa identiti sebenar Spider-Man.

Nak tahu kesudahan filem tersebut, kenalah tunggu ia ditayangkan di pawagam Malaysia nanti, setakat ini tarikh tayangan yang tertulis adalah pada 17 Disember, harapnya waktu itu kerajaan dah benarkan panggung wayang beroperasi lah ye.

Baca : “Buat comeback besar – besaran”- Peminat Teruja! Marvel Umum Tayangan 10 Filem Hingga Tahun 2023

Marvel Movie Feature Images

Sumber: YouTube
Sumber: Twitter
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.