in

“Patutlah taknak tanggal niqab”- Pengantin Lelaki Terkejut, Wanita Dinikahi Rupanya Lelaki

Featured 2

Tak sangka ‘isteri’ yang dikahwini rupanya seorang lelaki, ini yang terpaksa dihadapi seorang lelaki selepas menjadi mangsa penipuan ‘wanita’ yang dicintainya dalam kejadian di Lombok Barat, Nusa Tenggara Barat (NTB).

Kisah perkahwinan sejenis ini viral di instagram selepas lelaki itu menjadi mangsa penipuan ‘isterinya’ sendiri.

https://www.instagram.com/p/CBKBJk4HPvg/

Difahamkan ‘wanita’ tersebut tidak pernah menanggalkan niqabnya sepanjang perkenalannya dengan suaminya itu.

Malah, ‘wanita’ itu berkata tidak perlu majlis sebaliknya cukup hanya bernikah dan taaruf.

 

Kisah perkenalan…

Menurut sumber, mereka berkenalan di media sosial sebelum bercinta dan akhirnya tekad untuk mendirikan rumah tangga pada 2 Jun lalu.

Jantina ‘isterinya’ kantoi ketika lelaki itu ingin melakukan hubungan kelamin pada malam pertama, namun ‘isterinya’ menolak dan larikan diri dari rumah.

Tak cukup dengan itu, lelaki tersebut kemudiannya mengajak ‘isterinya’ untuk bercerai (padahal baru sehari bernikah), sekali lagi ‘isterinya’ lari dari rumah.

Disebabkan curiga dengan perbuatan ‘isterinya’ itu, si suami selidik latar belakang isterinya sebelum mengetahui rupanya isterinya adalah seorang lelaki.

Pernikahan Sejenis Di Lombok Barat 1

Lelaki tersebut dilaporkan sudah buat laporan polis di Balai Polis Kediri sebelum kes dipindahkan ke Balai Polis Lombok Barat.

Menurut kenyataan ‘isteri’ lelaki itu merupakan seorang lelaki yang berpewatakan wanita dan berasal dari Ampenan, Mataram.

 

Serammm…

Baca : Tak bagi nafkah, ada pompuan lain; Kecoh Pasal Isteri Lari Ikut Lelaki PUBG, Rupanya Menyorok Sebab Suami Kaki Pukul!

Baca 5

Sumber: Tribun News