in

“Patut la lancar je dia nyanyi, rupanya…” – Tular Video Lelaki Yang Berasal Dari Romania Nyanyi Lagu ‘Tiada Lagi’

Feature Image Jacob

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ni warganet teruja sebab lihat juara musim ke-2 program realiti tempatan Big Stage iaitu Han Byul berasal dari Korea Selatan mampu menyanyikan lagu dalam Bahasa Melayu dengan lancar.


Tapi, baru-baru ni tular di laman Twitter video yang berdurasi 48 saat menunjukkan seorang lelaki warga asing menyanyikan lagu dalam Bahasa Melayu.

Menurut @ismail_samuri, individu yang memuat naik video tersebut, lelaki itu dikenali sebagai Chris Jacob dan berasal dari Romania.

Chris telah menyanyikan lagu berjudul tiada lagi nyanyian Amy Search setelah memberitahu yang dia boleh nyanyi lagu melayu.

Dalam video itu, jelas kelihatan dimana Chris sudah biasa mendengar lagu tersebut kerana dia tidak kekok untuk menyanyikannya.

Dia memang penyanyi rupanya!

Hasil perkongsian netizen, video pendek itu menjadi tular sehingga ke pengetahuan Chris itu sendiri.

Melalui perkongsian lelaki itu juga, dia ada memberitahu bahawa Chris juga merupakan seorang penyanyi dan penulis lagu.

 

Chris Job 1
Sumber: twitter

 

Chris Job 2
Sumber: twitter

Rata-rata netizen teruja melihat Chris yang boleh dikatakan selamba belanja lagu tiada lagi tu.

 

Puji 1
Sumber: twitter

 

Puji 2
Sumber: twitter

Tapi admin pun setuju, kalau orang luar reti cakap Bahasa Melayu, mesti dia akan famous dekat Malaysia ni.

 

Baca: “Lagi power dari penyanyi asal” – Netizen Terkesima Tengok Penyanyi Big Stage Dari Korea Ni Nyanyi Lagu Vroom Vroom, Power Gilaaa!

Han

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.