Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dari Mac 2020 hingga Ogos 2021, sebanyak 9,015 kes keganasan rumah tangga telah direkodkan.
Tak dapat dinafikan, tenaga lelaki sememangnya lebih kuat berbanding wanita. Kerana itu, penting juga untuk kaum hawa tahu sedikit sebanyak cara untuk mempertahankan diri.
Macam baru-baru ni, tular satu video di Twitter menunjukkan rakaman CCTV yang berlaku di sebuah kedai makan melibatkan pergaduhan di antara lelaki dan wanita.
Dalam video tersebut, pasangan yang sedang duduk di kedai makan itu dilihat tenang sebelum lelaki tersebut mula mengangkat tangan dengan menolak muka wanita yang duduk di sebelahnya beberapa kali.
Tanpa membuang masa, wanita tersebut terus bangun dari kerusi dan membalas perbuatan lelaki tersebut dengan menumbuknya sehingga lelaki itu terjatuh dari kerusi.
Tak cukup dengan itu, wanita di dalam video itu turut mengambil kerusi dan membaling ke arah lelaki yang telah pun terduduk di atas lantai.
Lelaki itu kemudiannya bangun, bercakap sesuatu kepada wanita tersebut sambil menundingkan jarinya dan berlalu pergi.
Bagaimanapun, bila kejadian ini berlaku atau sama ada ia terjadi di dalam negara atau luar negara tak dapat nak dipastikan.
“Puas hati kena hempuk kerusi tu”
Rata-rata netizen yang melihat video ini turut berpuas hati dengan reaksi yang diberikan oleh wanita tersebut. Lebih-lebih lagi kerana lelaki tersebut lebih dahulu naik tangan.
Ada juga yang mengatakan ini adalah contoh terbaik kenapa wanita perlu belajar mempertahankan diri dan lawan semula jika diperlakukan sedemikian.
Haa, sarang tebuan jangan dijolok!
Baca: “Apa jenis suami ni?” – Isteri Dibelasah Lepas Luah Hasrat Nak Berpantang Rumah Emak