Siapa pernah tengok filem seram thriller, The Orphan? Ingat lagi tak watak anak angkat bernama Esther yang psiko dan nak bunuh keluarga angkat dia tu?
Haa kalau korang tengok filem ni, korang mesti akan terkejut bila baca rupanya ada kisah sebenar berlaku di dunia realiti seakan-akan filem Orphan ni. Whaaat seram gila!
Ambil anak angkat umur 6 tahun tapi rupanya dia berumur 21 tahun!
Menurut Harian Metro, sepasang suami isteri hidup dalam ketakutan lepas mengetahui yang anak angkat dorang yang disangka berumur 6 tahun tu rupanya seorang wanita dewasa yang menyamar jadi kanak-kanak!
Lebih menakutkan, wanita tu katanya mempunyai masalah mental dan pernah jugak beberapa kali cuba membunuh mereka dengan menikam pisau dan letak racun dalam minuman. Aiyooo gilalah!
Kisah yang dialami Kristine, 45, dan bekas suaminya, Micheal Barnett, 43, bermula lepas dorang mengambil seorang anak angkat perempuan dari Ukraine yang hidap penyakit tulang pada tahun 2010.
Sijil kelahiran budak yang bernama Natalia ni menunjukkan dia berusia 6 tahun pada ketika tu TETAPI sebenarnya dia sudah berumur hampir 21 tahun!
Natalia juga dipercayai hidap sejenis penyakit yang sebabkan dia tak boleh membesar.
Ibu angkat terkejut ‘budak 6 tahun’ datang period dan ada bulu kemaluan!
Dalam wawancara bersama akhbar tempatan, Kristine beritahu yang semuanya nampak normal at first tapi dia mula syaki ada benda yang tak betul dengan Natalia bila budak tu datang bulan dan mempunyai bulu kemaluan. Erk!
“Dia juga boleh bercakap seperti orang dewasa. Saya juga pernah melihat dia mencampurkan peluntur ke dalam minuman saya dan cuba menikam kami ketika tidur.
“Keadaan itu menyebabkan kami hidup dalam ketakutan hingga tidak boleh tidur malam kerana bimbang Natalia masuk ke bilik kami,” katanya.
Natalia hilang macam tu je?
Segala syak curiga Kristine nampaknya benar bila pemeriksaan kesihatan yang dilakukan terhadap Natalia mendapati dia sudah dewasa dan turut menghidap penyakit mental.
Mereka juga berusaha mendapatkan perintah mahkamah untuk mengesahkan bahawa Natalia sebenarnya seorang wanita dewasa dan pernah dihantar untuk menjalani rawatan mental.
Pun begitu, pasangan suami isteri ini sudah pun bercerai dan kemudian meninggalkan Natalia di sebuah apartmen dekat Lafayette, Indiana pada 2013. Namun akibat tindakan mereka itu, pihak polis pulak telah mendakwa mereka kerana abaikan kanak-kanak.
Buat masa ini, pasangan tu tak tahu di mana Natalia berada dan mereka juga bimbang wanita tu mungkin menyamar jadi kanak-kanak lagi serta diambil sebagai anak angkat.
Haish macam-macam lah… lain kalau nak ambil anak angkat tu siasat dulu ye gais latar belakang dia.