in

Pasangan Dikurniakan Anak Lepas Hampir 20 Tahun Berkahwin, Anak Angkat Kata “Sampai meninggal ayah tak tahu saya tahu”

Featured 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan cahaya mata sebagai sebagai penyeri keluarga, namun tak semua pasangan berkahwin dikurniakan cahaya mata seperti yang diharapkan.


Ada yang terpaksa menunggu bertahun-tahun, berbelas-belas tahun malah ada yang menunggu berpuluh tahun sebelum menerima kehadiran cahaya mata.

Seperti kisah yang dikongsikan Nurul Afiqah Yusof mengenai ibu bapa angkatnya yang dikurniakan cahaya mata selepas hampir 20 tahun mereka mendirikan rumah tangga.

 

“Ibu dan ayah menunggu hampir 20 tahun untuk dapatkan anak dan tak pernah sekali ayah minta kahwin lain….”

Mengikut cerita Afiqah, ibu dan ayahnya Norsilat Mugumut dan Yusof Tahir tetap sabar menunggu cahaya sendiri meskipun dalam tempoh yang lama.

Katanya kira-kira 17 tahun selepas ibu dan ayahnya itu bernikah baru mereka buat keputusan untuk ambil Afiqah sebagai anak angkat iaitu pada 1996, lapor mStar.

Nurul1
Sumber: mstar

“Saya diambil sejak lahir dan dengan merekalah saya membesar selama 23 tahun. Nak dipendekkan cerita, beberapa tahun selepas itu ibu saya mengandungan dua anak perempuan, masing-masing pada 2000 dan 2002.

“Dalam tempoh sebelum dikurniakan zuriat, ayah langsung tidak pernah membangkitkan kepada ibu isu anak, malahan tidak pernah sekalipun dia menyuarakan hasrat untuk berkahwin lain atas alasan mahukan anak”.

Kisah Afiqah ni jadi viral di twitter selepas dia respon kepada tweet seorang individu yang mengenai pengalaman isteri diceraikan suami gara-gara mahukan zuriat sendiri.

Sehingga kini tweet gadis berusia 23 tahun ini telah diretweet sebanyak 36,000 kali dan mendapat hampir 30,000 likes.

 

“Kalau ayah belikan barang, tiga-tiga akan dapat, kalau seorang tak dapat, semua tak dapat”

Katanya, walaupun ibu dan ayahnya itu telah dikurniakan anak kandung ketika usianya 4 tahun, tapi layanan mereka terhadapnya tetap sama, tidak pernah berubah.

“Kehadiran dua adik perempuannya tidak mengubah hubungan saya dan kedua ibu bapa, saya tidak pernah dilayan seperti orang luar langsung.”

“Jika ayah belikan apa-apa barang, pasti ketiga-tiga kami akan dapat. Jika tidak dapat barang, ketiga tiga tidak akan dapat. Begitu juga jika buat salah, yang salah tetap akan dimarah, memang tiada bezanya.”

Nurul3
Sumber: mstar

Menurut Afiqah statusnya sebagai anak angkat ‘terkantoi’ ketika dia masih di sekolah rendah.

Katanya ibunya sebelum ini memang tak pernah menunjukkan dokumen peribadinya, semuanya akan disimpan dalam sampul dan dijaga dengan elok, sehinggalah…

 

“Dia tidak tahu yang saya sebenarnya tahu status sebagai anak angkat,”

Nak dijadikan cerita , satu hari guru ada memberikan profil peribadi kepada pelajar. ketika itu saya hairan kenapa nama ayah tak sama. memang sedih juga, apatah lagi dapat tahu di sekolah semasa di tahun empat.

“Ingatkan masa pulang tu nak tanya ibu dan ayah, tapi sebaik pulang sahaja, ayah dan ibu ajak keluar makan dan beri layanan baik seperti biasa, disebabkan itu saya terfikir kenapa saya perlu ungkit sedangkan saya langsung tidak dilayan seperti orang asing.”

Katanya ‘rahsia’ itu dia simpan sebaik-baiknya sehingga ayahnya meninggal dunia akibat serangan jantung pada 2010.

“Dia tidak tahu yang saya sebenarnya tahu status sebagai anak angkat,”

Nurul2
Ayah dan ibu / sumber: mstar

Adat dalam berkeluarga pasti ada berlaku salah faham, kalau tak dengan adik beradik, pasti dengan ibu dan ayah.

Begitu juga Afiqah yang tak sengaja mengungkit mengenai status anak angkat kepada ibunya.

“Ketika itu berlaku sedikit perselisihan faham dan saya tidak sengaja terlepas cakap pasal itu, ibu menangis. Saya rasa sangat bersalah disebabkan tindakan saya itu, sedangkan selama ini mereka langsung tidak pernah layan saya sebagai orang luar.

“Sejak itu saya tak ungkit langsung. Dan sejujurnya saya tak pernah rasa mahu mencari ibu bapa kandung kerana rasa cukup dengan keluarga yang ada sekarang.”

 

Bila penulis fikir balik, tak perlulah kita nak menyalahkan pasangan masing-masing bila belum dikurniakan cahaya mata sebab semua itu merupakan ketentuan-NYA, cuma sebagai manusia kita kena terus berusaha dan jadi hambanya yang bertaqwa.

Inshaallah rezeki allah tu luas

Baca : “Plot twist siut!”  ‘Anak Angkat Dari Neraka’ Nafi Tipu Umur, Mak Ayah Buat Cerita Sebab Tak Sanggup Nak Jaga

1 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.