in

Pasangan Anak Beranak Dipenjara 4 Bulan Di Australia Gara Gara Teh Halia?

Teh Disangka Dadah

Seorang wanita dan anak perempuannya dilaporkan terpaksa menjalani hukuman penjara 4 bulan di Australia selepas kedua-duanya didapati ‘bersalah’ membawa masuk serbuk teh halia yang disangka dadah oleh pihak berkuasa negara berkenaan.

Difahamkan, pasangan anak beranak warganegara Malaysia berkenaan sedang dalam proses untuk mengemukakan tuntutan saman kepada negara berkenaan.

Connie Chong Vun Pui dan anaknya Melanie Lim San dilaporkan telah mengimport 25 kilogram serbuk teh halia yang merupakan salah satu ‘rawatan’ untuk mengurangkan sakit akibat sengugut yang popular di Malaysia dan ingin menjualnya di Australia.

Connie

Menurut laporan media tempatan, pihak polis bersenjata telah membuat serbuan ke rumah pasangan anak beranak tersebut pada awal tahun ini. Difahamkan, serbuan dilakukan setelah serbuk teh yang diimport oleh mereka telah ‘ditahan’ oleh pihak kastam yang kemudian menyangka barang tersebut adalah dadah jenis amphetamine.

“Lebih memburukkan keadaan, walaupun mengetahui yang keputusan ujian hanya boleh diperolehi selepas beberapa bulan, kedua mereka telah dijatuhi hukuman penjara tanpa boleh dijamin”

Difahamkan, tuduhan yang dikenakan terhadap Connie dan Mellanie hanya digugurkan pada bulan Ogos lepas selepas pihak polis menerima laporan lengkap daripada pihak forensik.

Menurut Vice lagi, pihak berkuasa sempadan negara berkenaan telah menggunakan ujian ‘hazmat’ dan mendapati ‘serbuk terlarang’ yang diimport tersebut mengandungi Phenmetrazine, perangsang haram yang biasa digunakan untuk tujuan rekreasi. 

Teh Halia

Walau bagaimanapun, mahkamah juga difahamkan sedar dan memahami bahawa ujian anggapan itu hanya menghasilkan spektrum bahan yang serupa dengan Phenmetrazine – dan dadah terlarang itu berada di tempat keempat, dan ia berkemungkinan besar disebabkan kandungan gula, sukrosa dan gula tepung dalam teh berkenaan. 

Difahamkan, pasangan tersebut berjaya diikatjamin pada bulan Mei lalu dan teleh mengemukakan tuntutan saman yang enggan dibayar oleh pihak pendakwa dan pihak mahkamah dikatakan telah mengganguhkan perbicaraan dan sebutan kes akan bersambung bulan Mac 2022.

Baca : “Tiba-tiba dia kata aku anak dia” – Wanita Hampir Jadi Mangsa ‘Keldai Dadah’ Orang ‘Overfriendly’ Duduk Sebelah

Ft Gadis Hampir Jadi Mangsa Keldai Dadah

Sumber: SMH
Sumber: Ladbible