in

PAS Dakwa Anwar Ibrahim ‘Gagal’ Sebab Lambat Umum Kabinet?

Ft Pas Dakwa Anwar Dah Gagal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Anggota PAS Dr Mohd Zuhdi Marsuki mendakwa bahawa kelewatan dalam menyenaraikan senarai nama ahli Kabinet dianggap sebagai satu kegagalan pertama Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Malaysia ke-10.

Menerusi Facebook miliknya, Dr Mohd Zuhdi Marsuki mempersoalkan bagaimana bencana banjir yang mungkin melanda negara pada hujung tahun ini seandainya kerajaan belum sempurna.


“Sebagaimana amalan lazim kerajaan, bila berlaku bencana banjir maka akan dikeluarkan peruntukan-peruntukan khas di bawah item bajet kecemasan untuk disalurkan untuk usaha penyelamat dan kebajikan mangsa banjir.”

“Bagaimanakah peruntukan itu boleh diuruskan dalam situasi kementerian yang mengetuai agensi-agensi berkaitan banjir belum wujud?”

Beliau juga turut mempertikai integriti kerajaan dalam membuat keputusan kritikal saat berlaku kecemasan sekiranya  anggota mesyuarat kerajaan masih belum wujud dan menteri berkaitan masih belum dilantik.

https://www.facebook.com/mohdzuhdi.marsuki/posts/pfbid02tRodrT4zE3vKPFkhKDHKPtTM3jLuRM7ZiVsvpqUKFjuqmEuyDuhi9kKTUG4BMmVbl

“Tidak wajar keputusan-keputusan kritikal itu, hanya diputuskan oleh seorang Perdana Menteri. Kemungkinan berlaku banjir pada bulan Disember ini atau pada musim tengkujuh sudah dimaklumi ramai.”

“Malah PH antara yang paling lantang menentang diadakan PRU15 pada ketika ini, kerana fokus seharusnya diberikan terhadap bencana banjir. Sekarang banjir berkemungkinan berlaku dalam tempoh terdekat, tetapi Perdana Menteri belumpun menyiapkan jenteranya.”

Dr Mohd Zuhdi Marsuki turut menyatakan bahawa  kelewatan Anwar membentuk anggota pentadbirannya berkemungkinan menyebabkan Pembentangan Bajet 2023 tergendala.

“Bajet tahunan adalah dibuat berdasarkan potfolio kementerian yang wujud. Jika menteri belum dilantik bermakna kementerian belum wujud, dan peruntukan-peruntukan mengikut kementerian juga belum wujud.”

Soal beliau lagi adalah, sempatkah  menteri-menteri yang bakal dilantik nanti untuk meneliti peruntukan bajet kementerian yang disediakan oleh kerajaan terdahulu.

“Bolehkah penelitian mereka ini disiapkan dalam tempoh dua minggu dari sekarang sekiranya Bajet 2023 mahu dibentang minggu ketiga atau hujung bulan ini?”

“Apakah yang akan berlaku kepada negara dan rakyat jika Bajet 2023 masih belum diluluskan selepas melampaui tahun baru.”

Oleh itu, beliau menyifatkan Anwar  lambat bertindak untuk menamakan anggota-anggota kabinetnya sedangkan persekitaran amat menghambat sekarang ini.

Malah beliau turut mempertikaikan Perdana Menteri yang sibuk dengan aktiviti-aktiviti sosialnya berbanding tindakan cepat untuk mengaktifkan jentera pentadbirannya. Kesimpulannya, beliau menyatakan bahawa Anwar sudah meraih kegagalan pertama.

Baca : PAS Kelantan Nafi Pengundi Perlu Bersumpah Undi PAS Untuk Dapatkan Bantuan Duit Tambang

Cats 24

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.