in

“Pangkat tak bawak masuk kubur” – ‘Rider’ Berang Pelanggan Sombong, Salah ‘Pin Location’ Sejauh 35 KM

Rider 35Km

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menjadi seorang rider penghantar makanan dan barangan bukanlah sesuatu yang mudah, mereka ini layak diberikan penghargaan yang tinggi kerana mereka berdepan dengan pelbagai kerenah manusia yang tidak dapat dijangka.

Pun begitu, walaupun mereka sentiasa ikhlas dalam memberikan servis yang terbaik kepada pelanggan, masih ada pihak yang cuba mengambil kesempatan kepada mereka ini dalam pelbagai cara.


Itulah yang terjadi kepada seorang rider ini apabila dia terpaksa menghantar makanan sejauh 35KM dari tempat yang sepatutnya gara-gara pelanggan memberikan alamat yang salah.

https://www.tiktok.com/@mhdnuh12/video/7160977631746198811?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7143429470309172738

Luahannya itu dimuat naik ke laman TikTok miliknya @mhdnuh12 dan di dalam video itu dia memberitahu pelanggan tersebut untuk memberikan lokasi sebenarnya kerana dia tidak jumpa lokasi sepertimana yang tertera dalam aplikasi tersebut.

Dia lalu meminta pelanggan tersebut lokasi sebenar melalui WhatsApp, apa yang mengejutkan lokasi sebenar pelanggan tersebut jauh 35KM ke hadapan lagi, kira-kira hampir sejam perjalanan.

“Minta maaf lah, sejuk sikit hati aku” 

Apa yang lebih menyedihkan, apabila rider tersebut meminta bayaran sebetulnya, pelanggan tersebut bertindak memaki rider tersebut dan memberitahu ‘pangkatnya’ yang tinggi.

“Dia marah aku, di maki aku, dia kata itu kerja kau, kau jangan memandai-mandai nak tambah apa-apa. Dia cakap, awak tak tau saya kerja apa, saya ni pangkat manager tau.” luahnya.

Rider tersebut dengan rasa kecewa memberitahu dia hanya mahukan permohonan maaf atau ucapan terima kasih namun apa yang dia dapat adalah sebaliknya.

Haish, sampai hati buat orang macam tu…

Baca: “Complain makanan tak sampai, nak refund” –  Rider Kongsi Perangai T20 Nak Dapat Makanan Free

Ft Hantar Makanan T20

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.