Antara benda paling ngeri dan kalau boleh nak elak oleh ibubapa ialah serangga masuk telinga anak. Tak kisah lah kumbang, lipas atau apa saja, mesti gelabah kalau dapat tahu ada benda masuk telinga anak.
Kalau serangga masuk telinga, apa kena buat? Jangan risau, kali ni admin nak share panduan sekiranya serangga masuk telinga anak. Ikuti rantaian tweet oleh @drluqman di bawah.
Sakit, ada benda gerak-gerak
Alhamdulillah setakat yang admin ingat, tak pernah lagi ada serangga tersesat masuk telinga. Entah macam mana lah rasa kalau serangga masuk telinga kan, air masuk telinga pun dah gelabah.

Nombor 1: Bawa bertenang
Kita tak tahu bila masa serangga boleh masuk dalam telinga anak, dah jaga elok-elok pun tahu-tahu masuk je, tapi korang kena bertenang.

Bertenang, cuba bayangkan kalau kita sebagai parents menggelabah, apa yang anak kita akan rasa. Kawal keadaan, kawal emosi dan bertenang.
Nombor 2: Jangan korek
Yang nombor dua ni ramai yang buat. Sebenarnya bahaya. Cuba baca penerangan di bawah.

Kalau serangga tu tertolak ke dalam lagi bahaya. Sebab kita taktahu besar mana serangga yang masuk tu. Elak dari menggunakan penggorek telinga ye.
Nombor 3: Titiskan minyak zaitun atau baby oil
Gunakan baby oil untuk lemaskan serangga yang masuk dalam telinga anak tu.

Nombor 4: Tarik serangga keluar
Kalau dah boleh nampak serangga tu, cuba keluarkan.

Kalau boleh, gunakan jari untuk keluarkan serangga tu dari dalam telinga. Kalau ada tweezer lagi bagus.
Nombor 5: Jumpa doktor
Kalau masih ada serangga dan tak boleh nak keluarkan, cepat ke hospital untuk jumpa doktor pakar telinga.

Jumpa doktor adalah solution yang terbaik kalau serangga masuk telinga.
Harap dengan panduan yang admin kongsi harini boleh bantu korang kalau ada serangga tersesat masuk dalam telinga anak anda.