Umum mengetahui Malaysia kini diterajui oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Kita juga sering melihat di media sosial, YAB Perdana Menteri sering menghadirkan diri dalam acara sosial selain dari tugas-tugas rasmi beliau.
Satu video Perdana Menteri yang sedang bergurau dengan beberapa orang remaja telah tular di media sosial baru-baru ini. Gelagat selamba pemimpin tertinggi negara kita itu telah mendapat reaksi yang pelbagai dari netizen. Korang boleh tengok video @ZareenH_s dibawah.
PMX gelakkan budak tu sebab tersasul. Ketawanya tiada belas kasihan ye ??
Kita husnuzon, adik tu sekadar tersasul je ? pic.twitter.com/ff5Izehnox
— zrnhs (@ZareenH_s) April 6, 2023
Pandai tanya soalan perangkap
Tidak dinafikan DS Anwar memang seorang tokoh yang cukup pandai bergurau dengan rakyat setiap kali berpeluang dan menghadiri acara sosial. Sikapnya yang sangat natural ketika berinteraksi terasa macam pakcik-pakcik je kan.
Mungkin inilah moment kejadian kantoi dengan Perdana Menteri yang sempat diabadikan oleh team media beliau kan. Memang rare betul moment macam ni kan.
Kann… min pun terfikir gak, memang bijak betul sengaja tanya soalan perangkap macam tu. Dia tahu kita akan jawab apa yang terlintas, terus kantoi kat situ gak.
Ini yang min cakap tadi. Gurau level pakcik-pakcik ni. Saja setup soalan perangkap, dah kantoi gelak kuat-kuat.
Sebelum ni DSAI pernah ‘curi’ keropok beberapa hari sebelum PRU-15. Gelagat bersahaja PMX ni memang lawak lah. Cuma kalau datang serius tu, min pun takut weh.
Atuk-atuk kalau melayan cucu memang sejenis je kan. Mungkin sebab selalu practice dengan cucu sendiri dekat rumah, itu yang membawa nak try dekat rakyat pulak. Tapi memang menjadi.
Baca: [VIDEO] Gelagat Anwar Ibrahim ‘Curi’ Keropok Pelanggan Dapat Perhatian Netizen