Sebagai manusia, kita lebih cenderung merasakan yang kita selamat kerana menduduki tempat teratas di dalam rantaian makan. Disebabkan ini kita sering merasakan yang kita merupakan makhluk paling bijak di bumi.
Tapi korang tahu tak ada beberapa haiwan yang memiliki beberapa sifat seperti manusia? Mungkin korang sendiri pun tak ada sifat yang ada pada haiwan-haiwan yang disenaraikan dekat bawah ni tau!
Artikel berkaitan: 10 Haiwan Paling Banyak Membunuh Manusia Mengikut Turutan, No 1 Paling Tak ‘Expect’!
Artikel berkaitan: “Macam alien” – 11 Haiwan Pelik Yang Korang Tak Tahu Wujud Di Sekeliling Kita
1. Orang utan
Orang utan merupakan haiwan yang paling bijak sekali selepas manusia. Kalau korang nak tahu, orang utan mampu untuk menggunakan alatan, belajar bahasa isyarat, dan mempunyai struktur sosial kompleks yang melibatkan ritual,
Apa yang membezakan dorang dengan manusia adalah kemampuan kognitif untuk memahami alasan disebalik sesuatu perbuatan.
Bagi orang utan yang ditawan, mereka telah belajar untuk menggunakan alatan dan proses membina struktur yang mudah. Manakala selepas dibebaskan di dalam hutan, mereka boleh memerhatikan orang utan lain improvisasi alatan yang mereka boleh cari dan membina struktur yang sama bagi melindungi mereka dari hujan.
Orang utan merupakan haiwan yang paling bijak kerana ia berkongsi 97% DNA yang sama dengan manusia dan mereka juga boleh dilatih untuk menggunakan tukul dan paku.
2. Ikan lumba-lumba
Ikan lumba-lumba sering disebut sebagai haiwan kedua terpintar ekoran memiliki otak yang lebih besar dari badan dan mampu menunjukkan emosi.
Bukan itu je, satu kajian turut mengatakan bahawa ikan lumba-lumba ni sangat licik dan pandai menipu sistem. Ini kerana, ketika pengkaji mengajar ikan lumba-lumba untuk mengutip sampah di dalam tangki. Mereka kemudiannya diberikan ikan sebagai ganjaran untuk setiap sampah yang dikutip.
Tapi ada satu ikan lumba-lumba telah sorokkan sampah di bawah batu dan mengoyak kertas ke beberapa keping untuk mendapatkan ikan yang lebih banyak. Bijak gila!
3. Gajah
Gajah mempunyai memori yang panjang dan merupakan salah satu haiwan yang bijak. Dorang ni boleh ingat sesuatu jalan tu untuk jangka masa yang lama dan tak pernah lupakan kawan dorang.
Pada tahun 1999, satu gajah bernama Shirley telah tiba di pusat perlindungan gajah di Tennesse, di mana salah satu gajah lain yang bernama Jenny secara tiba-tiba terus menunjukkan minat dan bermain dengan Shirley. Kalau korang nak tahu, Jenny dan Shirley pernah membuat persembahan bersama-sama 22 tahun sebelum itu di sebuah sarkas.
4. Gagak
Bukan sahaja gagak boleh mengenal muka dan membezakan antara pemangsa dan spesis jinak, dorang juga faham fizik dan dikenali bijak untuk mengubah keseluruhan corak migrasi untuk mengelakkan ladang yang pernah membunuh gagak sebelum ini dan boleh ingat jalan laluan lori sampah supaya dorang dapat ambil makanan ketika hari pembuangan sampah.
5. Rakun
Korang tahu tak rakun ni sebenarnya sangat bijak dan mampu untuk buka kunci yang paling susah untuk dibuka dengan cubaan kurang dari sepuluh kali tau!
Pelbagai kajian yang dibuat dari tahun 60-an sehingga 70-an menemui yang rakun mempunyai memori yang hebat dan mampu ingat sesuatu penyelesaian selama tiga tahun.
Bukan tu je, rakun juga memiliki pendengaran yang sangat tajam dan luas tau. Dorang boleh dengar cacing bergerak di dalam tanah!
Sumber: Readers Digest