Sekiranya korang penggemar gula-gula dan bonbon, korang dah boleh mula rancang dan ‘save date’ dekat kalendar korang sebab satu pameran bertemakan gula-gula yang terbesar di Malaysia akan diadakan di Tropicana Gardens Mall bermula 17 November 2023 sehingga 21 Januari 2024.
Candyland Carnival yang julung-julung kali diadakan ini bakal mempunyai lima zon kemeriahan yang bakal menghiburkan para pengunjung dan memiliki keistimewaan masing-masing yang sesuai kepada semua peringkat umur.
Candyland Carnival anjuran WOW Event Asia ini mensasarkan kehadiran 200,000 pengunjung yang menjanjikan pengalaman yang menakjubkan untuk seisi keluarga selain membawa para pengunjung ke alam penuh imaginasi dengan gabungan elemen digital dan fizikal yang pernuh warna-warni.
5 Zon Candyland
Terdapat 5 zon yang penuh dengan aktiviti interaktif serta bengkal bakal menaktifkan setiap deria para pengunjung dan menjanjikan pengalaman yang menakjubkan iaitu:
- Candy Ville
- Maker Factory
- Carnival Zone
- Winter Village
- Candy Lumiere
Selain daripada 5 zon menarik ini, pengunjung boleh melakukan pelbagai aktiviti menarik yang dapat mengeratkan hubungan dengan orang yang tersayang, mengambil gambar di pelbagai tempat menarik.
Salah satu yang bakal menjadi tumpuan pastinya Carnival Zone yang menampilkan pelbagai permainan dan aktiviti yang bertemakan hidangan pencuci mulut seperti Human Claw Machine, Ring Toss, Marshmallow Pit dan banyak lagi!
Candyland Carnival akan bermula dari jam 10 pagi hingga 8 malam pada hari Isnin hingga Khamis, manakala Jumaat hingga Ahad, masa kemasukan akan dipanjangkan iaitu dari 10 pagi hingga 10 malam.
Kemasukan adalah PERCUMA untuk kanak-kanak berumur tiga tahun dan kebawah, manakala pas masuk untuk dewasa adalah RM70 (standard), RM42 (pelajar dan warga emas). Kalau nak lebih penjimatan, dapatkan pakej istimewa ‘keluarga’ yang terpakai untuk 4 orang berharga RM200 atau Pas bermusim RM240 yang membolehkan korang untuk masuk tanpa had pada hari biasa.
Korang boleh dapatkan pas masuk di sini dan nikmati kadar promosi dalam tempoh terhad dengan potongan sehingga 40%!
Candyland Carnival ini dibawakan oleh WOW Event Asia dengan kerjasama dari para penaja seperti Grab, Fruit Plus, dan Gollipop. Rakan media rasmi Lobak Merah dan World of Buzz, Go Fluence (dahulunya dikenali sebagai Modello) dan juga llaollao.
Untuk maklumat lanjut, boleh juga layari laman sosial Candyland Carnival di Facebook dan juga Instagram.