in

Paling Panjang di Dunia! Taman Tema di Teluk Bahang Bina Luncur Air Sepanjang 1 Kilometer!

Pagewob

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi mereka yang meminati aktiviti-aktiviti permainan air dan darat yang mencabar, taman tema sememangnya menjadi salah satu daripada tempat pilihan untuk mereka mencuba pelbagai permainan menarik lagi menyeronokkan.

Belum habis lagi keterujaan tentang Taman Tema Twentieth Century Fox World baru yang bakal dibina di Genting tidak lama lagi, orang ramai nampaknya akan mempunyai lebih banyak pilihan untuk meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan dengan wujudnya permainan baru ini.


L3 1
sumber: instagram

Sebuah taman tema dikenali sebagai Taman Tema Escape Pulau Pinang yang terletak di Teluk Bahang dikhabarkan bakal membina sebuah luncur air. Bukan seperti yang biasa ditemui di Malaysia, luncur air tersebut bakal dibina sepanjang 1 kilometer!

Lebih dahsyat lagi, dengan ukuran tersebut, ianya dikatakan bakal menjadi luncur air terpanjang di dunia, lapor Channel NewsAsia.

“Dari atas puncak bukit, orang ramai akan turun melintasi Jalan Teluk Bahang di sebelah jejantas pejalan kaki dan laluan akan berakhir di sebuah kolam renang yang terletak di dalam taman tema kami,” kata Sim Choo Kheng, pengasas Taman Tema ESCAPE berkenaan.

Luncur air ini dikatakan dibina dengan sangat tinggi sehingga pengunjung yang mahu menaiki luncur ini perlu diangkat pada ketinggian 420 meter ke puncak bukit tempat luncur bermula. Tingginya! Yang gayat memang tak boleh naik ni!

L2 1
sumber: instagram

Selain daripada luncur air yang berukuran 1 kilometer tersebut, taman tema Escape Pulau Pinang juga menyediakan banyak lagi pilihan permainan dan aktiviti menarik yang juga terletak di atas bukit! Semua permainan dan tarikan yang terletak di kawasan atas bukit ini akan dikenali sebagai Gravityplay.

Luncur air terpanjang di dunia ini akan menjadi sebahagian daripada taman tema fasa kedua di Taman Tema Escape yang baru sahaja dibuka pada hari Sabtu (16 Disember) yang lalu dan dijangka bakal siap pada bulan Disember 2018 nanti

Ibu bapa yang tidak tahu mahu membawa anak-anak kemana sebelum bermulanya musim persekolahan, boleh la bawa mereka ke sini dan nikmati pelbagai permainan menarik!

Baca: Takut Anak Hilang di Mall? Sunway Pyramid Cipta Tatu Sementara Secara Percuma

Sis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.