in

Pakar Hidro-Alam Sekitar Nafi Dakwaan Beberapa Kawasan Di Kelantan Mula Tenggelam

Kelantan Bakal Tenggelam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penggunaan bekalan air bawah tanah bagi mengatasi kemelut air yang melanda negeri Kelantan setelah sekian lama bakal menyebabkan beberapa kawasan di negeri tersebut ditenggelami air dan menurut pakar, akan menyebabkan banjir lebih kerap berlaku.


Walaupun tidak kelihatan pada mata kasar, perubahan tanah yang disebabkan oleh penarikan air ini boleh menyebabkan banjir menurut pakar juruukur tanah tersebut, Dr Yong Chien Zheng. 

Menurut kajiannya bertajuk ‘Penurunan tanah akibat pengekstrakan air bawah tanah: Kajian kadar terikan geodetik di Kelantan, Malaysia’ yang diterbitkan pada 2018 tersebut mendapati, pergerakan tanah di beberapa kawasan di negeri Cik Siti Wan Kembang berkenaan mendapati ianya mula tenggelam sedalam 4.22mm setiap tahun.

02E42499 562B 40Da 89E6 8Cda233298A7

Tambahnya lagi, walaupun data yang dikumpulkan tidak mencukupi untuk mengenalpasti punca utama pemendapan tersebut, ia berkait rapat antara penenggelaman tanah atau bangunan ke paras yang lebih rendah dan pengekstrakan air bawah tanah.

“Kadar penenggelaman Kelantan ketika ini adalah sama seperti Jakarta sebelum tahun 1970-an”

Selain itu, menyamakan keadaan yang berlaku di Kelantan seperti Jakarta sebelum tahun 1970-an ini, permintaan terhadap bekalan air bawah tanah di ibu negara Indonesia tersebut telah menyebabkan air di bawah tanah telah dikeluarkan secara besar-besaran dan ianya menyebabkan peningkatan kadar pemendapan tanah.

Kesannya, kira-kira 40% daripada Jakarta sekarang ini berada di bawah paras air laut dan diharapkan perkara yang sama tidak berlaku di Kelantan disebabkan rakyat mula menggunakan kaedah tradisional menggali air untuk mendapatkan bekalan air bersih yang dikenali sebagai ‘air boring’ oleh penduduk tempatan.

Dr Yong mendedahkan kajian yang dilakukannya adalah menggunakan data GPS (Sistem Kedudukan Global) di 11 kawasan berlainan selama 17 tahun dan keputusan kajian 8 daripada 11 stesen tersebut adalah sama dengan sebuah lagi kajian yang dilakukan oleh pakar tempatan daripada Universiti Teknologi Malaysia pada 2015.

Ezgif.com Gif Maker 2

Pun begitu, Pakar Hidro-Alam Sekitar dan Bekas Pengurus Besar Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB), Datuk Dr Azuhan Mohamed mendakwa tiada insiden tanah tenggelam dilaporkan di Kelantan dan dakwaan yang dibuat oleh pakar tersebut sedang diteliti.

Menerusi semakan dengan Jabatan Mineral dan Geosains, tiada insiden tanah tenggelam yang dilaporkan dan Azuhan persoalkan hasil dan kawasan kajian yang dijalankan oleh Dr Yong tersebut.

Azuhan berkata, kadar tenggelam yang direkodkan oleh kajian itu adalah kecil dan mungkin disebabkan oleh banyak faktor lain, seperti kehilangan tanah akibat hujan lebat, pemadatan tanah, perlombongan bawah tanah, dan keruntuhan lombong terbiar.

Beliau juga menafikan sebarang aktiviti pengambilan air bawah tanah yang berlebihan, sambil menambah bahawa air bawah tanah hanya menyumbang 24% daripada jumlah air mentah yang dikeluarkan oleh AKSB untuk bekalan air terawat kepada pelanggannya.

Sumber :  The Star

Baca : “Macam Americano dah” – Netizen Kecam Hospital Machang Sebab Air Keruh Di Wad Kanak-Kanak

Untitled Design 16 1

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.