Kalau dah namanya selebriti, apa saja yang mereka lakukan pasti jadi tumpuan ramai kan? Tak tayang kebahagian, orang kata dah nak bercerai. Kalau tunjuk kebahagiaan sangat, ramai pula yang rasa menyampah!
Baru saja sejuk daripada gosip yang melanda baru-baru ini, Datin Paduka Eina Azman sekali lagi menjadi bualan netizen selepas gambar yang dimuat naik di Instagram peribadinya bersama suami menjadi kontroversi. Salah satu daripada gambar tersebut menunjukkan Eina dan suaminya sedang bercumbu di atas sebuah gondola. Wuu!
Pasangan yang sedang bercuti di Venice, Itali itu telah mendapat kecaman bertubi-tubi daripada netizen yang menyifatkan gambar tersebut tidak sepatutnya ditayang kepada umum dan lebih elok jadi tatapan suami dan isteri je. Aduhai!
Walau bagaimanapun, tak semua netizen mengecam tindakan Eina dan suami. Ada juga yang memberi komen positif dan sangat gembira melihat kebahagian pasangan tersebut sebagai suami isteri. Tak salah pun kan suami isteri saling bermesraan antara satu sama lain?
Apa-apapun sebagai public figure eloklah Eina dan suami jaga tingkah laku. Biasalah mulut-mulut makcik bawang ni ada saja yang nak mengata. Lebih baik simpan privasi suami dan isteri tu untuk diri sendiri.
Jeles tengok kebahagiaan Eina dan suami. Semoga hubungan terus bahagia dan berkekalan!
Baca: 8 Pengajaran Yang Boleh Kita Ambil Daripada Pergaduhan Eina Azman dan Rebecca