in

“Pakai lego ke?” – [VIDEO] Owner Kecewa Tembok Batu Tak Kukuh, Tolak Dengan Tangan Je Boleh Jatuh

Collage 51

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nak buat atau renovate rumah ni bukanlah senang kan? Perlukan perbelanjaan yang besar lepastu kita memang mengharapkan orang yang kita upah tu buat kerja betul-betul kalau tak memang rugi dan makin bertambah-tambah kos jadinya.

Macam baru-baru ini, seorang individu yang dikenali sebagai Dato Ismail telah memuat naik video di TikTok menunjukkan kekecewaannya bila tembok rumah yang sedang dibinanya itu tak kukuh.


Dalam video yang dikongsikan, korang boleh tengok macam mana owner rumah ni hanya gunakan tangannya saja untuk tolak tembok tersebut sebelum ianya jatuh sambil dilihat oleh dua orang lelaki.

@datoismail88

Remuk hati

♬ Lebih Baik Pergi – Rusa Music

“Guna simen ke guna lego”

Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen menjelaskan bahawa kontraktor tersebut tidak menggunakan besi kerana itu tembok tersebut mudah tumbang.

Malah, ramai juga yang mengkritik kontraktor tersebut yang tidak memikirkan keselamatan orang lain dan hanya mahu kaut untung semata-mata.

Screenshot 2022 07 25 At 4.00.10 Pm Down 1

Nasib baiklah ada video macam ni, boleh jadi peringatan juga untuk orang macam kita ni supaya jangan mudah percaya orang dan sentiasa periksa kerja yang dibuat. Kalau tak naya…

 

Baca: Insiden Konkrit Hempap Kereta Di SUKE Highway, Kontraktor Dan Subkontraktor Didenda RM180 Ribu

Screenshot 2022 07 25 At 4.21.47 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.