in

Insiden Konkrit Hempap Kereta Di SUKE Highway, Kontraktor Dan Subkontraktor Didenda RM180 Ribu

Dd1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang mesti ingat lagi insiden konkrit hempap kereta yang hampir meragut nyawa seorang wanita kan?


Kejadian yang berlaku di Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) pada 19 September lalu telah pun diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

Terkini, pihak pemaju telah dikenakan tindakan undang-undang atas sebab kecuaian menjalankan tanggungjawab menjaga keselamatan di tapak pembinaan.

D1 1

 

Kontraktor dan subkontraktor disaman RM180,000

Menurut Berita Harian, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) memaklumkan, kontraktor utama, MRCB Builders Sdn Bhd dikenakan penalti sebanyak RM80,000, manakala subkontraktor Makna Setia Sdn Bhd berjumlah RM100,000.

“Hasil siasatan CIDB mendapati, subkontrator itu turut tidak mengikut prosedur kerja yang betul dan mempunyai penyelia tapak yang tidak diakredit,”

“Justeru, subkontraktor berkenaan diarah membuat penambahbaikan dalam prosedur keselamatan termasuk menghantar pekerja, penyelia tapak dan pengurus pembinaan untuk diakreditasi,”

Katanya, kedua-dua kontraktor itu masing-masing didenda mengikut Seksyen 34B(1)(c) dan Seksyen 34C(1) Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta 520) yang menuntut kontraktor untuk memastikan keselamatan bangunan dan kerja pembinaan semasa atau selepas pembinaan.

D3 1

 

Terdahulu, insiden yang berlaku telah mengakibatkan mangsa wanita terperangkap dalam kereta dipandunya sehingga patah tangan kiri dan tulang selangka.

Kereta miliknya juga remuk pada bahagian bumbung selepas ditimpa kepingan konkrit dianggarkan bersaiz satu meter persegi itu.

Namun, pihak CIDB tidak memaklumkan sebarang tuntutan yang dibuat oleh mangsa buat setakat ini.

D2

 

Baca: Insiden Konkrit Hempap Kereta di SUKE Highway, Mangsa Patah Tangan Kiri & Tulang Selangka

D4 1

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.