Songket merupakan sejenis kain tenun yang termasuk dalam keluarga brokat (brocade), tekstil ini boleh didapati di Malaysia, Brunei, Indonesia, dan Singapura. Ia ditenun tangan dalam fabrik sutera atau kain kapas, dan mempunyai corak yang ditenun dengan benang emas atau perak.
Banyak usaha yang telah dilakukan oleh pereka fesyen tempatan bagi mempromosikan tekstil ini dan yang terbaru, pereka fesyen terkenal kelahiran Malaysia yang terkenal seantero dunia, Datuk Jimmy Choo turut mengenakan blazer atau jaket yang menggunakan tekstil eksklusif itu.
Pereka fesyen yang berusia 73 tahun itu baru-baru ini dilihat di London memakai blazer tersebut ketika bersiar-siar bersama menteenya Peony Sin.
https://www.instagram.com/p/CkGLAyXAxn1/?utm_source=ig_embed&utm_campaign=embed_video_watch_again
Dalam video berdurasi seminit yang dimuat naik oleh World Microphone London itu mendapat perhatian netizen kerana kedua-dua mereka menggunakan fabrik songket dalam pakaian mereka yang moden.
“Nampak segak betul!”
Netizen sememangnya terpukau dengan Datuk Jimmy Choo bersama menteenya itu yang membawa fabrik songket ke mata dunia dan ramai yang memuji usaha mereka itu.
Wah untung betul! Korang tahu tak Jimmy Choo ni antara pereka kasut untuk mendiang Princess Diana!