in

Pakai Android Brand H****i Tak Selamat & Agenda Tersembunyi? Ikuti Penjelasan Lelaki Ini

Hwe

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bukanlah nak menakut-nakutkan, tapi ini sekadar perkongsian untuk kita ketahui sahaja. Menurut perkongsian Halim Adburrahman Halim ini, smartphone jenama terkenal ini sebenarnya ada agenda tersembunyi disebalik penggunaannya? Betul ke? Cuba baca penjelasannya ini.


 

Memantau dan menyalurkan maklumat akan pergerakan/informasi penduduk Muslim Uighur

48402971 10210361571476032 8991981738934665216 N
Sumber : facebook

Tidak bercakap kosong, Halim ada kepilkan beberapa info maklumat terhadap jenama tersebut. Menurutnya, jenama terkenal ini ada memantau pergerakan penduduk Muslim di China yang kini ditindas.

“Saya pengguna H****i. Meski demikian, anda boleh membeli smartphone lain selain Huawei. Sebab saya dah terlajak beli awal tahun lalu.”

“Kenapa? Menurut sumber H****i terlibat dalam usahasama dengan kerajaan China dalam memantau dan menyalurkan maklumat akan pergerakan/informasi penduduk Muslim Uighur yang kini ditindas di wilayah Xinjiang.”

Bahkan dia juga ada menegaskan bahawa smartphone jenama ini sebenarnya tak selamat digunakan kerana ada agenda tersebunyi lain lagi.

 

Memanipulasi teknologi Smartphone untuk mengintip negara lain

49052644 10210362765665886 2631542838969499648 N
Sumber : facebook

“Tambahan. Sebenarnya H****i bukan hanya dikatakan telah mengawasi/mengintip komuniti kaum Uighur di Xinjiang sahaja, malah mereka ‘didakwa’ memanipulasi teknologi Smartphone untuk mengintip negara lain. Sampai sekarang dakwaan tersebut hangat diperkatakan ketika ini.”

“Nota: Sebenarnya ada banyak aplikasi dan gadget yang terdedah kepada kebocoran data termasuk FB yang kita pakai sekarang. Tidak hanya H****i. Cuma isu berkaitan H****i ini berkait dengan peranan mereka bersama kerajaan China dalam menekan penduduk Muslim Uighur. Terpulang kepada anda untuk memilih. Tiada siapa paksa.”

Kalau nak diikutkan sebenarnya pakai apa-apa brand sekalipun tak selamat, malah kalau nak kata bab-bab keselamatan tu, banyak sahaja info yang dah dedahkan dalam apps-apps yang kita tengah gunakan ni. 

 

Baca : Survey Menunjukkan Pengguna iPhone Paling Miskin, Orang Kaya Pilih Huawei

Ipone Vs Huawei

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.